Selasa, 26 Oktober 2010

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina????????



Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan. Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.
Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini. Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan. Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. "Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu. Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.



sumber...http://malaysiakini.com/news/146435


Adakah ini yang kita mahukan untuk negara kita?Dimanakah yang dikatakan oleh kerajaan malaysia yang mengisytiharkan negara islam?......


''Persatuan Mahasiswa Islam UNiSEL (Persatuan i Rakan) membantah sekeras-kerasnya terhadap pentadbiran Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Razak yang mahu menjadikan negara malaysia sebagai pusat hiburan yang terkemuka bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP)''.
Kesan daripada kelab malam dan spa ini akan menjadi suatu wabak dan ikutan untuk remaja kita untuk meng’halalkan’ budaya yang dilaknat dalam Islam itu sendiri.Ambillah iktibar dari sirah kaum Nabi Luth yang akhirnya dtimpakan bala bencana yang dahsyat oleh Allah dan kesannya boleh dilihat hingga hari ini. Kerana itu Allah menyeru untuk kita bermusafir melihat kesan penderhakaan dan pemesongan dari perintah Allah sebagaimana firmanNya dalam surah Al-An’am,ayat 16 :

“ berjalanlah diatas muka bumi ini maka perhatikan dan saksikan bagaimana kesan kesudahan orang-orang yang berdusta ”

Islam tidak melarang kita untuk berhibur, namun banyaknya yang terjadi sekarang adalah salah guna terhadap hiburan itu sendiri.. Akibatnya melahirkan budaya hedonisme yang cukup untuk memusnah generasi kita hari ini. Firman Allah s.w.t:

وإذا رأوا تجارة أو لهوا انفضوا إليها وتركوك قائما قل ما عند الله خير من اللهو ومن التجارة والله خير الرازقين
(الجمعة آية 11
Dan apabila mereka melihat perniagaan dan hiburan, mereka meluru ke arahnya dan meninggalkanmu berdiri (ketika berkhutbah) katakanlah apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik daripada hiburan dan daripada perniagaan dan Allahlah sebaik-baik pemberi rezeki.

Kesimpulan: Di dalam ayat ini Allah Taala telah menggabungkan hiburan( اللهو ) dan perniagaan secara bersama. Allah Taala tidak mencela hiburan dan perniagaan tetapi ayat ini diturunkan untuk menegur tindakan para sahabat Nabi yang telah meninggalkan khutbah Rasulullah pada hari Jumaat semata-mata ingin menyambut kedatangan rombongan perniagaan yang baru tiba di Madinah di samping memukul gendang untuk memberitahu orang ramai kedatangan kafilah tersebut sehingga bilangan para sahabat yang tinggal di dalam masjid bagi mendengar khutbah Nabi hanya sekitar 12 orang sahaja.

Tiga petikan yang cukup menarik tetapi gagal untuk dilaksanakan. Takutlah kita dengan firman Allah, didalam surah assaf ayat 2 dan 3 disebut dengan jelas :

يأيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون

“wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Hari ini, Jangan kita berbicara soal keruntuhan akhlak anak remaja kalau tindakan kita mencerminkan apa yang kita hajatkan dan tak diselaraskan dengan matlamat Negara untuk melahirkan generasi yang bekualiti. Jangan kita sibuk mencari penawar kepada masalah generasi muda jika akar umbi sakitnya tidak dihapuskan.

Bangunlah anak muda mahasiswa...sama-sama kita berfikir apakah yang akan terjadi kepada anak muda kita....adakah kita mahu melahirkan pemimpin yang melakukan maksiat kepada Allah s.w.t


"UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR BENCI MAKSIAT"

UNISEL BERSIH MAKSIAT


Liputan Semasa :

Exco Penerangan & Multimedia

Persatuan i Rakan


0 ulasan:

Jundullah