Selasa, 26 Oktober 2010

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina????????



Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan. Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.
Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini. Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan. Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. "Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu. Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.



sumber...http://malaysiakini.com/news/146435


Adakah ini yang kita mahukan untuk negara kita?Dimanakah yang dikatakan oleh kerajaan malaysia yang mengisytiharkan negara islam?......


''Persatuan Mahasiswa Islam UNiSEL (Persatuan i Rakan) membantah sekeras-kerasnya terhadap pentadbiran Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Razak yang mahu menjadikan negara malaysia sebagai pusat hiburan yang terkemuka bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP)''.
Kesan daripada kelab malam dan spa ini akan menjadi suatu wabak dan ikutan untuk remaja kita untuk meng’halalkan’ budaya yang dilaknat dalam Islam itu sendiri.Ambillah iktibar dari sirah kaum Nabi Luth yang akhirnya dtimpakan bala bencana yang dahsyat oleh Allah dan kesannya boleh dilihat hingga hari ini. Kerana itu Allah menyeru untuk kita bermusafir melihat kesan penderhakaan dan pemesongan dari perintah Allah sebagaimana firmanNya dalam surah Al-An’am,ayat 16 :

“ berjalanlah diatas muka bumi ini maka perhatikan dan saksikan bagaimana kesan kesudahan orang-orang yang berdusta ”

Islam tidak melarang kita untuk berhibur, namun banyaknya yang terjadi sekarang adalah salah guna terhadap hiburan itu sendiri.. Akibatnya melahirkan budaya hedonisme yang cukup untuk memusnah generasi kita hari ini. Firman Allah s.w.t:

وإذا رأوا تجارة أو لهوا انفضوا إليها وتركوك قائما قل ما عند الله خير من اللهو ومن التجارة والله خير الرازقين
(الجمعة آية 11
Dan apabila mereka melihat perniagaan dan hiburan, mereka meluru ke arahnya dan meninggalkanmu berdiri (ketika berkhutbah) katakanlah apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik daripada hiburan dan daripada perniagaan dan Allahlah sebaik-baik pemberi rezeki.

Kesimpulan: Di dalam ayat ini Allah Taala telah menggabungkan hiburan( اللهو ) dan perniagaan secara bersama. Allah Taala tidak mencela hiburan dan perniagaan tetapi ayat ini diturunkan untuk menegur tindakan para sahabat Nabi yang telah meninggalkan khutbah Rasulullah pada hari Jumaat semata-mata ingin menyambut kedatangan rombongan perniagaan yang baru tiba di Madinah di samping memukul gendang untuk memberitahu orang ramai kedatangan kafilah tersebut sehingga bilangan para sahabat yang tinggal di dalam masjid bagi mendengar khutbah Nabi hanya sekitar 12 orang sahaja.

Tiga petikan yang cukup menarik tetapi gagal untuk dilaksanakan. Takutlah kita dengan firman Allah, didalam surah assaf ayat 2 dan 3 disebut dengan jelas :

يأيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون

“wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Hari ini, Jangan kita berbicara soal keruntuhan akhlak anak remaja kalau tindakan kita mencerminkan apa yang kita hajatkan dan tak diselaraskan dengan matlamat Negara untuk melahirkan generasi yang bekualiti. Jangan kita sibuk mencari penawar kepada masalah generasi muda jika akar umbi sakitnya tidak dihapuskan.

Bangunlah anak muda mahasiswa...sama-sama kita berfikir apakah yang akan terjadi kepada anak muda kita....adakah kita mahu melahirkan pemimpin yang melakukan maksiat kepada Allah s.w.t


"UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR BENCI MAKSIAT"

UNISEL BERSIH MAKSIAT


Liputan Semasa :

Exco Penerangan & Multimedia

Persatuan i Rakan



Baca Seterusnya / Read More

Khamis, 14 Oktober 2010

PRESIDEN i RAKAN MENGAJAK MAHASISWA UNISEL BANTAH PENGANJURAN KONSERT ADAM LAMBERT


Persatuan Mahasiswa Islam UNiSEL (Persatuan i Rakan) membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) membenarkan artis 'gay' Amerika Syarikat, Adam Lambert mengadakan konsert di negara ini. Konsert anjuran Marctensia Entertainment dan


" konsert tersebut bakal membuka ruang kepada golongan homoseksual untuk le

bih beran

i

menampilkan diri di khalayak ramai kerana keizinan dari pihak kerajaan ini seolah-olah

memberi 'lampu hijau' kepada budaya gay menular di Malaysia. Syarat yang dikenakan pihak PUSPAL seakan tidak menjamin apa-apa kerana pengaruh homoseksual yang ada padanya sudah cukup untuk mempengaruhi generasi muda Malaysia. Tambahan pula, budaya sebegitu adalah bercanggahan dengan norma kehidupan budaya ketimuran. Adalah kurang sesuai sebuah negara yg mendapat pujian dari Mufti Syria baru-baru ini membenarkan artis tidak bermoral seperti itu menjejakkan kaki ke Malaysia."

kata Presiden i Rakan saudara Shardiansha Bin Samsuddin .


Adam Lambert sendiri dikecam hebat oleh dunia setelah melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini. Ekoran itu, rancangan televisyen Good Morning Americaterbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Adam di udara kerana menolak budaya liar penyanyi gay itu.

Justeru itu, PMI UNiSEL mengharapkan pihak kerajaan mengambil tindakan yang sepatutnya supaya gejala ini tidak 'dihalalkan' dalam masyarakat kita, di samping semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan negara kita terhindar daripada gejala-gejala yang boleh merosakkan masyarakat kita. Gejala ini, jika dipandang mudah pasti akan membarah dalam masyarakat Malaysia.


Justeru itu ,PMI UNiSEL menyeru kepada semua penggiat seni, NGO dan mahasiswa/i khususnya mahasiswa/i UNiSEL serta Pihak PENTADBIRAN UNiSEL bersama-sama untuk memboikot konsert itu sekiranya ia diteruskan oleh pihak PUSPAL. Jangan gadaikan maruah agama semata-mata kerana hedonisme yang melampau. PMI UNiSEL percaya, pihak kerajaan akan melakukan yang terbaik tanpa mengenepikan sensitiviti beragama dan hak bersuara bagi rakyat Malaysia yang masih sayangkan tanah air ini.


Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya:

“Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meningalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari Bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.”
(Surah Al-A’raf:80-82





"UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR BENCI MAKSIAT"

UNISEL BERSIH MAKSIAT


Liputan Semasa :

Exco Penerangan & Multimedia

Persatuan i Rakan


Baca Seterusnya / Read More

Rabu, 13 Oktober 2010

UCAPAN PENGERUSI SIGMA 10/11





dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-taubah, ayat 71)



Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT, Penguasa Sekalian Alam atas rahmat dan kesempatan yang diberikan untuk terus bernafas sebagai seorang muslim.. Selawat dan salam buat junjungan besar, kekasih kita Rasulullah SAW, para sahabat dan ahlil bait.

MUSLIMAT ASET BERNILAI GERAKAN ISLAM

sahabat-sahabat yang dihormati,

Medan perjuangan gerakan Islam pastinya tdak pernah sunyi daripada penyertaan muslimat yang dikatakan sebagai sayap kiri perjuangan. Peranan muslimat dalam usaha mencapai agenda dan matlamat gerakan bukan lagi menjadi keraguan di kalangan pendokong harakah islamiyah. Bahkan ketiadaan muslimat pasti akan dinanti dan dicari.

Lantaran keperluan ini, Srikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) yang menjadi aset dan kekuatan di dalam GAMIS sendiri akan cuba berusaha untuk memainkan peranan penting bagi mencapai hadaf gerakan. Memasuki tahun ketiga pengimejan semula (rebranding) gerakan muslimat GAMIS, SIGMA sesi ini begitu optimis untuk meneruskan lagi agenda yang telah dirancang sebelum ini dengan kesedaran kita perlu bersama-sama berusaha dan berkerja lebih keras lagi dalam mencapai matlamat.

MEDAN PENTARBIYAHAN MUSLIMAT GERAKAN

ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah,

SIGMA membulatkan tekad untuk meningkatkan lagi kualiti ahli khususnya muslimat dalam berfungsi sebagai ‘abidah, da’ieyah, murabbiyah dan pemimpin kepada masyarakat. Nilai ‘ubudiyyah dan kelimuan yang disatukan dalam jiwa muslimat pastinya akan mampu melahirkan muslimat gerakan yang berkualiti dan menjadi penggerak kepada perubahan masyarakat ke arah yang lebih baik. Kita bukan sahaja meneladani Aisyah ra yang mahir dalam ilmu hadith, atau Fatimah az Zahra yang mahir dalam ilmu fiqh, bahkan juga Siti Zubaidah isteri Harun ar Rasyid yang bijaksana mencadangkan pembinaan saluran pengairan mata air ‘Ain Zubaidah di tengah kota mekah, teknologi yang hampir tidak terfikir manusia disaat itu . Justeru, penglibatan di dalam SIGMA perlu dijadikan sebagai medan tarbiyah kepada semua ahli gerakan muslimat sehingga kita boleh menyediakan ahli muslimat yang petah berbicara dan memiliki kelebihan tersendiri dalam menyampaikan ilmu dan kefahaman Islam kepada masyarakat diluar.

MUSLIMAT KOMPETEN DAN BERINTEGRITI

sahabat-sahabat yang dimuliakan, Allah SWT berfirman yang maksudnya:

Sesungguhnya sebaik-baik orang diambil bekerja ialah orang Yang Kuat, lagi amanah".(Al-Qasas: 26)

Al-Qawwi dan Al-Amin adalah 2 ciri terpenting seorang pemimpin yang dinukilkan di dalam al-Quran. Nilai kompetensi (quwwah) dan integriti (amnu) inilah yang perlu dibina di dalam diri anggota SIGMA dalam usaha kita untuk melahirkan pelapis kepimpinan negara dan kepimpinan GAMIS itu sendiri. Apatah lagi, kini kita berhadapan dengan pelbagai cabaran yang menyebabkan muslimat perlu lebih ke hadapan dan memiliki jiwa kepimpinan yang cekal dan berketrampilan. SIGMA juga berperanan untuk menjadi suara ketiga (3rd voice) dalam meningkatkan lagi nilai dan kualiti masyarakat khususnya dalam isu-isu sosial dan kewanitaan. Matlamat ini pastinya tidak akan berjaya tanpa adanya pemimpin muslimat yang dilahirkan oleh SIGMA sendiri yang mampu bersaing dan memiliki sifat-sifat mahmudah.

WEHDATUL QALB MEMPERKUKUH GERAKAN

Kesatuan fikrah dan amal dalam SIGMA pasti akan lebih bermakna jika ia dilengkapi oleh kesatuan hati semua anggotanya. Setiap agenda yang digariskan di dalam SIGMA dan GAMIS sendiri tidak lain hanya akan dapat dilaksanakan dengan adanya kekuatan dan kesatuan anggota. Justeru, usaha yang seharusnya diperkasakan lagi di peringkat SIGMA tidak lain adalah untuk meningkatkan lagi momentum kekuatan dan kesatuan ahli muslimat. Bahkan, kekuatan yang disepadukan ini pasti memberi impak besar kepada gerakan GAMIS sendiri.


Akhir kata, marilah sama-sama kita memohon pertolongan daripada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan dan kebijaksanaan dalam membantu Islam. Semoga kita istiqamah dalam mendokong perjuangan berlandaskan kebenaran ini. Firman Allah Taala:

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan” ( Hud:112)


NAZIRAH BT. ABU BAKAR -UIA
Pengerusi SIGMA GAMIS

Blog beliau boleh dilawati melalui : Kembara Seorang Hamba




Baca Seterusnya / Read More

Selasa, 12 Oktober 2010

IKHLAS ITU INDAH.....................



Hujan rintik-rintik membasahi bumi, udara berhembus terasa segar. Seorang pemuda telah selesai menunaikan sholat dzuhur berjamaah di masjid. Pandangannya menyapu ke arah halaman masjid, tidak jauh darinya ada seorang perempuan tua yang duduk ditengah lapangan menarik perhatiannya. Tiba-tiba sebuah tas kecil dari tempat nenek itu terbang tertiup angin kencang. Segera pemuda itu memperhatikan teriakan nenek itu minta tolong, ingin tasnya diambilkan.

Merasa terpanggil pemuda itu segera berlari mengejar tas kecil, terlihat tas itu telah melesat jauh, dia berlari dengan terengah-engah kelelahan. Berlarilah pemuda itu sekuat tenaga dan tas kecil itu berhasil juga dipegangnya. Nampak keringat bercucuran, dengan hati penuh kebahagiaan dia berlari kecil mengantarkan tas kecil. Terlintas didalam hatinya lelah yang dirasakan tentunya akan disambut dengan senyuman dan ucapan terima kasih sang nenek sudah cukup sebagai balasan atas kebaikan yang telah dilakukannya.

Namun diluar didugaannya, sang nenek segera merebut tas kecil itu dan membalikkan tubuhnya dengan wajah yang cemberut, sepintas seperti marah. Pemuda terkejut bukan main. Jangankan senyuman dan ucapan terima kasih, wajah ramahpun tidak terlihat. Pemuda itu kebingungan. 'Apa dosaku ya?' ucapnya lirih. Dia tak bisa bergerak, malu, kesal, kecewa tercampur aduk.

Berkali-kali pemuda istighfar, siang itu dirinya menemukan pelajaran yaitu makna ikhlas. Ya tentang keikhlasan. Keikhlasan berarti tidak pernah berharap apapun, bahkan balasan walaupun berupa senyuman dari yang kita perbuat. Lakukanlah segala perbuatan baik semata-mata karena Allah. Itulah yang disebut dengan ikhlas. Siang itu dihalaman masjid, pemuda itu mendapatkan pelajaran bahwa ikhlas itu indah.

'Dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka, tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakan.' (QS. At-Thuur : 21).


Baca Seterusnya / Read More

Jumaat, 8 Oktober 2010

Intelektual Online Book (IOB)-Sultan Ahmad Alfatih Penakluk Kostantinopel


Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481. Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):

Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa

Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.


Harga: RM 24.00 / RM 27.00
ISBN-13: 978-967-5136-11-5
Tarikh Terbit: 5 Sep 2008
Jumlah Muka Surat : 336

Kategori: Novel Dewasa, Novel Sejarah Islam

Penerbit:

PTS Millennia Sdn Bhd



Sedikit kupasan yang lain http://ibnusuhaili88.blogspot.com


Baca Seterusnya / Read More

Jundullah