APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!
Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day  sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1 April, sesetengah  orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan  sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak  berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya  runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam  rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian  bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan  orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar  keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan  mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.  Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu  penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang  dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan  harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan  menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah  dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.  Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh  kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah  yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol  tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini  turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya  merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka  sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu  .....rawahuttirmizi Illal Liqaq
Wisata Gunung Kawi Ini Lokasi, Rute, Harga dan Daya Tariknya
2 minggu yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan