Jumaat, 28 Mei 2010

CARTA ALIRAN
PENDAFTARAN SEMESTER (PELAJAR LAMA)
SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE)


A. MAKLUMAT UMUM


1. Bermula Semester Jun 2010 (1/2010/2011) bagi Pelajar Siswazah & Pasca Siswazah dan
Semester Mei 2010 (1/2010/2011) bagi Pelajar Tahun Asas, Pendaftaran Semester (Pelajar
Lama) akan dijalankan Secara Dalam Talian (Online)/i-Daftar melalui laman web UNISEL
(www.unisel.edu.my).
2. Pendaftaran i-Daftar boleh dilakukan di mana-mana tempat yang mempunyai akses internet.
3. Tempoh Pendaftaran Semester (Pelajar Lama) adalah seperti berikut:
a) Pelajar Tahun Asas (25 – 29 Mei 2010) - 5 hari
b) Pelajar Siswazah & Pasca Siswazah (14 – 25 Jun 2010) - 11 hari
4. Maklumat berkaitan Yuran Pendaftaran Semester boleh diperolehi melalui laman web UNISEL
dan (www.unisel.edu.my).
5. Pelajar dikehendaki menjelaskan Yuran Pendaftaran Semester dan yuran tertunggak sebelum
dibenarkan mendaftar (baki tunggakan tidak melebihi RM2,500). Sila rujuk atau Pejabat
Kewangan untuk mendapatkan maklumat baki tunggakan.
6. Pelajar-pelajar yang berstatus berikut, sila hubungi talian 03 - 3289 8660 (Kampus UNISEL
Bestari Jaya) atau talian 03 – 5513 4958 (Kampus UNISEL Shah Alam), dari jam 8.30 am hingga
5.30 pm atau melalui e-mel: i_daftar@unisel.edu.my:-
a) Tidak aktif/tidak mendaftar pada semester sebelumnya (Tanpa Kebenaran) -
(ABSENT/DORMANT);
b) Gantung Pengajian (SUSPEND);
c) Pelajar yang berstatus akademik ”Kedudukan Gagal” [FAIL (FS)/EXPELLED].





B. PELAKSANAAN



1. Proses Pendaftaran Secara Dalam Talian/e-Daftar (Pelajar juga boleh merujuk Lampiran A)
a) Pembayaran Yuran Pendaftaran Semester boleh dibuat kepada Bank Islam Malaysia Berhad
(BIMB) melalui kaedah seperti berikut; (i) Pembayaran secara bank-in di mana-mana kaunter
cawangan BIMB: No. Akaun 12038010051888 atas nama Universiti Industri Selangor, atau;
(ii) Kaunter Pejabat Kewangan UNISEL di kedua-dua kampus.
b) Masuk ke laman web rasmi UNISEL (www.unisel.edu.my), Klik ikon i-Daftar, masukkan ID
Pengguna dan Kata Laluan serta klik “Login”.
c) Pelajar yang mempunyai baki tunggakan tidak melebihi RM2,500 dibenarkan mendaftar.
Pelajar yang mempunyai tunggakan RM2,500 atau lebih diminta menjelaskan baki tunggakan
atau rujuk Pejabat Kewangan sebelum dibenarkan mendaftar.
d) Pelajar yang berstatus akademik sebagaimana dinyatakan di Perkara 6 (a) di atas diminta
merujuk Unit Rekod Pelajar atau fakulti masing-masing sebelum dibenarkan mendaftar.
PROSEDUR PENDAFTARAN SEMESTER (PELAJAR LAMA)
SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE)
@Unit Rekod & Pengijazahan, Bahagian Pentadbiran Akademik, Pejabat Pendaftar
m/s. 2 drp. 3
e) Masukkan Nombor Rujukan Bank-in Slip. Pelajar yang masih belum menjelaskan Yuran
Pendaftaran Semester dan/atau Kediaman diminta menjelaskannya sebelum dibenarkan
mendaftar.
f) Klik Semester Registration (Daftar Semester) dan setelah proses pendaftaran pelajar selesai
dijalankan, status pelajar akan ditukarkan secara automatik kepada status “ACTIVE”.
g) Cetak Slip Pendaftaran i-Daftar dan sila bawa Slip Pendaftaran i-Daftar bersama Nombor
Rujukan Bank-in slip atau No. Resit Universiti semasa mendaftar masuk (check-in) di
kediaman pelajar atau sebagai bukti pembayaran apabila berurusan dengan pihak universiti.
h) Klik butang ’Logout’ untuk tamatkan proses.


C. PENDAFTARAN LEWAT



1. Pelajar yang mendaftar selepas tempoh pendaftaran semester (pelajar lama) yang ditetapkan
AKAN DIKENAKAN DENDA (PENDAFTARAN LEWAT) sebagaimana kadar yang dinyatakan
dalam Buku Peraturan Akademik UNISEL.
2. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar dan dinasihatkan untuk Tangguh Pengajian selepas tempoh
atau tarikh akhir pendaftaran yang ditetapkan.


D. TANGGUNGJAWAB


1. Pelajar adalah diingatkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memperbaharui
Status Pelajar pada permulaan setiap semester sepanjang tempoh pengajian kerana pihak
universiti tidak mengeluarkan surat peringatan mengenainya.


E. HELP DESK


1. Sekiranya para pelajar memerlukan bantuan berkaitan perkara berikut, sila hubungi talian di
bawah melalui telefon (8.30 am - 5.30 pm) atau melalui e-mel:-
☺ Status Pelajar: 03-3289 8660 / 03-3280 5020 (Kampus UNISEL Bestari Jaya)
03-5513 4958 (Kampus UNISEL Shah Alam)
Atau;
e-mel: unit_rekod@unisel.edu.my; i_daftar@unisel.edu.my
☺ Status Kewangan: 03-3280 5040 / 5043 (Kampus UNISEL Bestari Jaya)
03-5522 3488 / 3558 (Kampus UNISEL Shah Alam)
Atau;
e-mel: i_kewangan@unisel.edu.my
☺ Bantuan Teknikal: 03-5522 3434 / 3280 5199
Atau;
e-mel: pict@unisel.edu.my; i_cict@unisel.edu.my


PROSEDUR PENDAFTARAN SEMESTER (PELAJAR LAMA)
SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE)


@Unit Rekod & Pengijazahan, Bahagian Pentadbiran Akademik, Pejabat Pendaftar
m/s. 3 drp. 3
Help Desk Fakulti/Pusat:-
☺ Fakulti Bioteknologi & Sains Hayat: 03-5513 9958 / 5522 3400
☺ Fakulti Bioperubatan & Sains Kesihatan: 03-5522 3421
☺ Fakulti Komunikasi & Media: 03-5522 3552
☺ Fakulti Seni Lukis & Seni Reka: 03-5522 3561 / 3422
☺ Fakulti Kejuruteraan: 03-3280 5122
☺ Fakulti Perniagaan: 03-3280 5124 / 5522 3400
☺ Fakulti Industri Teknologi Maklumat: 03-3280 5121
☺ Fakulti Sains Sosial & Pengajian Industri: 03-3280 5094
☺ Fakulti Pendidikan & Pengajian Bahasa: 03-3280 5093 / 5123 / 5522 3480
☺ Fakulti Sains & Teknologi Alam: 03-3280 6048
☺ UNISEL Graduate School of Management: 03-5522 3532 / 3522
☺ Centre for Graduate Studies: 03-5222 3437


0 ulasan:

Jundullah