Ahad, 21 Februari 2010

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.



Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.

Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.

"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.."

"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit." Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

NAMA-NAMA SYURGA DAN NERAKA

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-

1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah

Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com


Baca Seterusnya / Read More

Sabtu, 20 Februari 2010

Merawat fenomena kelesuan usrah dan ketandusan anak usrah

PENDEKATAN USRAH DAN NAQIB :
DALAM MENGHADAPI MAD’U TERKINI


Ruh Ibadah
Islam adalah agama “misi dan dakwah”.
Peranan sosial dan dakwah.
Mampu menyentuh seluruh lapisan masyarakat untuk mengubah dan mencelupnya dengan warna Islam; secara teori dan praktis.

Kapasiti Daie
Kemampuan ilmu, kecekapan dan keteladanan.
Mampu memahami rahsia jiwa seseorang, mampu menghiasi diri dengan watak sabar dan lapang dada.
Memiliki firasat yang tajam dan hujah yang kuat.
Memiliki kemampuan “indra ketuhanan”; menarik simpati hati, menyatukan jiwa dan berinteraksi dengan gerakan dakwah.

Perbaiki dirimu !
Wujudnya peribadi yang benar-benar mukmin akan membuka banyak peluang untuk berjaya.
Pengorbanan para daie ; harta, tenaga dan waktu.
Perhatian kepada ; memberi uswah hasanah, menampilkan gambaran nyata tentang islam, pemahaman yang universal dan toleransi dalam masalah khilaf dan furu’ dengan metod tadarruj.


Tugas Daie
Tugas pegawai elektrik; mengalirkan kekuatan dari sumbernya ke setiap hati agar sentiasa bersinar dan menerangi sekeliling.
Tatkala ingin memikat hati mad’u ; anda adalah daie ; bukan ulama’ atau fuqaha’ jauh sekali bukan qadi.
Tatkala berdakwah ; anda sedang memberi hadiah dan pertimbangan anda ; hadiah apa yang paling pantas diberi dan bagaimana cara memberi ?

Rintangan Dakwah
Permasalahan yang muncul dari dalam dirinya ; orang yang tidak memiliki sesuatu tidak mampu memberi sesuatu!
Seseorang yang tidak memiliki kunci, maka sulit untuknya masuk. Manusia yang hatinya terkunci; bagaikan pintu grill besar dan kuat yang hanya dapat dibuka dengan kunci yang kecil.

Persoalannya : Kembali kepada kemampuan daie !
Potensi daie secara ruhiah, kecekapan membuat program (tidak formal), serta kesabaran dan ketahanan dalam mewujudkannya.
Selayaknya seorang daie membuat program dan langkah-langkah dalam menyentuh hati dan mengambil simpati mad’u.

Daie perlu memberi perhatian kepada…….
Celah-celah kebaikan yang ada pada mad’u kemudian memupuknya…. sehingga celah-celah keburukan yang ada padanya tersingkir dan ia mampu bangkit berdiri melangkah ke jalan Islam.

Daie yang paling sukses: Pendidik
Menghayati hati dan pola pemikiran pelajar, lalu membimbing mereka sedikit demi sedikit, sehingga tujuan yang hendak dicapai terlaksana.

SIKAP DAIE DAN MAD’U
GURU/PENDIDIK – PELAJAR
“ Untuk mencapai kejayaan dalam usaha mentarbiah, mendidik dan mengajar mereka; tidak bermuamalah dengan mereka sebagai musuh dan hubungan pun bukan permusuhan. Jika terjadi permusuhan, kita tidak dapat menguasai mereka” Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

Daie yang paling sukses: Doktor
Menghapus penderitaan dengan kata-kata yang penuh keimanan dan memberi ubat yang sesuai.

SIKAP DAIE DAN MAD’U
DOKTOR – PESAKIT
“ Setiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila ubat mengenai pesakit (sekun-rasi), ia akan sembuh dengan izin Allah” Riwayat Muslim

QUDWAH HASANAH
“Untuk dapat mempengaruhi orang ramai, menarik mereka ke dalam jemaah dan menguasai mereka, daie mestilah menjadi contoh teladan kepada orang ramai. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan dari bahasa lidah” Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

Perilaku dan keteladanan daie yang ikhlas akan mempunyai pengaruh yang besar daripada tulisan dan ceramah. Ibarat “remote control” yang dapat memindahkan siaran TV tanpa kabel; daie yang ikhlas dan penuh kasih sayang ; tidak akan ada kesulitan memasukkan apa yang ada dalam hatinya dalam hati orang lain.

LEMAH LEMBUT DAN BELAS KASIHAN
“Penguasaan terhadap manusia memerlukan daie itu bersifat lemah-lembut dan belas kasihan. Kerana manusia itu benci kepada kekerasan dan mereka yang bersikap kasar”
Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan

“Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu, kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun buat mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu”
Al-Imran ; 159

“EYE CONTACT”
Jika tatapan mata yang dipenuhi oleh rasa iri hati dan dengki itu dapat memberi mudarat, mata tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan.

PANDANGAN KASIH SAYANG
“Sesiapa yang memandang saudaranya dengan pandangan kasih sayang, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya” al-hadis
Pandangan sekilas yang penuh dengan keteduhan dan kasih sayang yang ditujukan pada hati dan mengajak berbicara dengan lembut. Ibarat kamera hanya dengan satu kilatan dapat menangkap gambar yang indah.
Mata adalah sarana terpenting bagi seorang daie dan merupakan wasilah yang kesannya sangat besar bagi mad’u. Kerana ketika seorang daie memandang saudaranya sesama muslim dengan penuh kasih sayang, seakan ia telah memberikan hartanya yang paling berharga.
Jika pandangan seorang yang penuh kedengkian akan menghancurkan, maka pandangan yang penuh cinta dan kasih sayang juga dapat berpengaruh dalam menghantar kepada kebenaran dan mempereratkan barisan dan memperkuatkan bangunan. Ini merupakan kekuatan terpendam yang dimiliki oleh manusia.
Apa yang anda sembunyikan dalam hati akan tersingkap dengan tatapan mata. Seorang muslim adalah cermin bagi saudaranya.
Kaedah kita memberi nasihat ialah “Hendaklah nasihatmu terhadap saudaramu dengan kiasan/berlapik, bukan terang-terangan, dan untuk membimbing kepada kebenaran bukan untuk menyakiti”.
KISAH KAAB BIN MALEK RA
“Kaum muslimin memulaukan kami selama 50 hari hingga bumi ini terasa sempit dan rasanya tiada tempat untuk kembali kecuali Allah. Sayalah yang paling tegar antara tiga orang tersebut. Saya masih tetap ikut solat berjemaah di masjid dan masih tetap ke pasar walau tidak seorang pun mengajak saya berbicara. Saya datang kepada Rasulullah yang sedang duduk di masjid selesai solat. Saya mengucapkan salam. Lalu saya duduk di sebelahnya sambil sesekali melirik kepada baginda. Tatkala saya menatapnya, baginda memalingkan muka.”
Walaupun hukuman dan tindakan itu dari Allah. Tapi jika kita kehilangan pandangan yang penuh kasih sayang, maka kita kehilangan rahmat kehidupan.

“PANCAINDRA”
Pancaindra merupakan bahagian “vital” daripada tubuh manusia dan jasad merupakan tempat tinggal bagi indra tersebut. Dengan kehilangan indra, manusia “tidak hidup dan tidak mati”; tidak berupaya memberi pengaruh kepada orang lain kerana alat penerima dan pengirim tidak berfungsi. Tanpa menggunakan indra,daie hidup di dunia tidak nyata.

“HATI”
Daie ibarat “qalbu”(hati), maka sesiapa yang tidak memfungsikan hatinya, mereka tidak mendapat sambutan daripada masyarakat.
Hati yang beriman adalah sumber penggerak.
Bahasa “hati”- perasaan dan kasih sayang merupakan “bahasa” internasional yang dipergunakan oleh daie dalam menghadapi mad’u hatta kepada orang bisu sekalipun.
“Bahasa” ini ibarat mata wang yang boleh diguna pakai di setiap tempat dan keadaan.
Dengan bahasa inilah, generasi pertama umat ini menakluk dunia. Mereka adalah “lentera” kehidupan.
Daie yang tidak mengingat, merasakan dan terpengaruh oleh kebaikan dan keburukan, dia tidak mempunyai hati.

KARAKTER MANUSIA
1. Berperilaku dengan akhlak Islamiyyah. – urutan pertama.
2. Berperilaku dengan akhlak asasiyyah. – urutan kedua.
3. Berperilaku dengan akhlak jahiliah. – urutan terakhir dalam dakwah fardhiah.
# Bukan bererti seorang daie harus tetap berpegang dan terikat dengan urutan ini.

DAKWAH FARDIYYAH
Menemui beberapa pemuda yang terbayang ketaatan di wajahnya; daie perlu cermat kerana biasanya pemuda begini mempunyai seseorang yang dihormati dan disegani;mendekati salah seorang daripadanya; bergaul, sabar, lemah lembut dan penuh kasih sayang tanpa menyinggung permasalahan yang menyebabkan hubungan terganggu. Jangan tumpu kepada seorang kerana dia merasa diajak secara berlebihan dan menimbul prasangka buruk dan boleh lari daripada ajakan kita.

MENGHAFAL NAMA
Sangat penting kerana akan terjadi interaksi dan lahir sifat percaya sesama individu.
Langkah awal dan “benang” pertama yang mengikat antara hati individu yang berserakan.
Setiap orang tentu berasa senang jika dipanggil dengan namanya, apalagi dengan nama yang paling disukai.

“Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke rumah temannya, lalu dihidangkan kepadanya makanan, dia tidak mahu memakannya; dan seorang lelaki yang bersama-sama dengan lelaki dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya” HR Ad-Dailami


Baca Seterusnya / Read More

Isnin, 1 Februari 2010

Kelebihan Al-Mathurat

al-mathurat (Al-Wazhifah Al-Kubra) yang mana merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w.Al-Mathurat ini teleh dipilih dan dihimpunkan oleh As-Syaheed Imam Hassan Al-Banna dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan dan godaan syaitan.Zikir-zikir di dalam Mathurat ini sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.

Zikir al-mathurat dimulai dengan bacaan yg bermaksud "aku memohon perlindungan Allah,yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui, dari gangguan syaitan yang direjam". Ayat ini membawa erti bahawa setiap insan harus menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan apa-apa perkara sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba Allah dan berusaha untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan.

Bacaan ummul kitab (al-Fatihah) dalam zikir mathurat merupakan satu abcaan Agung.In sya Allah kita akan memperole pahala yg besar jika membaca dan menghayati isi kandungannya.Rasulullah s.a.w bersabda; " Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya,belum ada surah yg diturunkan di dalam Taurat,Injil,Zabur atau Furqan yang menandinginya.Dialah tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku."



Membaca surah al-Baqarah dalam zikir mathurat juga memperoleh pahala yang besar.dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w bersabda,
" Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang,jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi.Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya." (Riwayat al-Darami dan Baihaqi)

Membaca ayat kursi juga boleh menghindari kita dari gangguan syaitan.dari Ibnu Mas'ud sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Siapa yang membaca sepuluh ayat,ayat-ayat surah al-Baqarah,ayat kursi,dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi" (Riwayat Tabrani dan Hakim)

Semua bacaaan dan zikir yang berada di dalam al-mathurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan Allah SWT terhadap utusannya Rasulullah s.a.w.Hanya insan yang ,enegtahui betapa besarnya nilai zikir dan doa dalam kehidupan seharian yang ingin menghayati dan mengamalkannya.

Semoga ikhwah dan akhawat sekalian mendapat petunjuk dan hidayah dari-Nya utk terus istiqomah dalam mengamalkan bacaan zikir al-mathurat ini.amin ya rabbal 'alamin.

Dipetik dari buku 'Al-Ma'thurat & surah Yasin' karangan As syaheed Imam Hassan Al-Banna


Baca Seterusnya / Read More

Janganlah Bersedih...

Diriwayatkan bahawa seorang wanita bernama Ummu Mahjul adalah seorang pelacur. Dia biasa melayani lelaki dengan syarat lelaki itu memberikan wang sebagai imbuhan kepadanya.

Kemudian, ada seorang dari kaum muslimin yang ingin mengahwini wanita itu dan ia pun menyampaikan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Maka turunlah ayat ini : "…dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. "QS An-Nuur : 3HR. Ahmad dan An Nasa’i



Sahabatku, alangkah benarnya penafsiran yang diungkapkan tentang ayat ini bahawa seorang fasik yang buruk yang biasa berbuat zina, tidak tertarik untuk menikah dengan wanita baik-baik.

Akan tetapi, ia hanya ingin menikahi wanita fasik yang berbuat buruk seperti dirinya atau wanita musyrik. Wanita fasik yang berbuat buruk tidak tertarik untuk dinikahi oleh lelaki baik-baik dan mereka pun lari darinya. Orang yang tertarik untuk menikahinya adalah lelaki yang satu perangai dengannya, iaitu sesama fasik dan musyrik.Kaedah ini berlaku bagi kebanyakan orang, meskipun tidak menutup kemungkinan sebaliknya, seperti yang dikatakan orang, ‘Hanya orang yang bertakwa yang melakukan kebaikan, tapi ada orang yang tidak bertakwa yang melakukan kebaikan.’

Demikian juga dalam kejadian ini.Oleh kerana itu, wahai sahabatku, untuk apa engkau membangkitkan auratmu di depan umum? Untuk mendapat pacarkah? Untuk mendapat suamikah? Bukankah membangkitkan aurat di depan umum itu perbuatan zina? Apakah engkau ingin mendapatkan suami / isteriyang buruk perilakunya sama dengan kelakuanmu? Bukankah engkau menuntut kebahagiaan.


Baca Seterusnya / Read More

Jundullah