Ahad, 19 Julai 2009

Semoga Berjaya


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Semester 3/2008/2009 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Peperiksaan akhir juga sudah mula menjengukkan

diri. Bersediakah anda? Mari semak persediaan untuk menghadapi peperiksaan;

  1. Semangat yang tinggi
  2. Pembacaan yang banyak
  3. Kefahaman yang jelas
  4. Ulangkaji berterusan
  5. Keyakinan diri
Setelah anda selesai dengan kelima-lima senarai semak di atas, panjatkan doa serta tawakal kepada Yang Maha Esa agar kejayaan mengiringi usaha seperti dalam firmanNya yang bermaksud;
" Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal."
Surah Ali Imran : 159





Baca Seterusnya / Read More

Isnin, 13 Julai 2009

Hati

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)



Manusia diciptakan dengan sifat dan ciri-ciri yang paling istimewa dan di dalam penciptaan manusia, Allah turut menciptakan hati. Hati mempunyai peranan yang sangat besar kerana hati umpama raja kepada anggota badan yang lain. Orang melayu yang terkenal dengan pepatah dan bahasa kiasan turut menjadikan 'hati' sebagai elemen pepatah seperti; "Dari mata turun ke hati". Berdasarkan pada ungkapan tadi, jelas mengatakan bahawa hati berperanan besar dalam segala tindak tanduk kita. Terdapat 3 jenis hati manusia iaitu:

1. Hati yang sihat
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t

2. Hati yang mati
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.

3. Hati yang sakit
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

Sebagai manusia yang selalu lalai dan leka, kita perlu sentiasa menyemak diri kita. Selidik apa yang kurang dan kaji apa yang lompong. Kenali jenis apakah hati kita dan sentiasa berusaha membaiki diri kerana Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air. " Oleh itu, penawar bagi hati yang berkarat ini adalah dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan mengingati mati.


Terdapat satu kisah di mana Rasulullah SAW sentiasa berdoa dengan; " Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati manusia, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu dan dalam melakukan ketaatan kepadaMu". Bila Saidatina Aisyah bertanya "Mengapa?"Lalu Baginda menjawab "Sesungguhnaya hati manusia ini berada di antara 2 jari Allah dan jika Dia hendak menukarkannya, amat mudahlah bagiNya."


Baca Seterusnya / Read More

Jumaat, 3 Julai 2009

Berada Pada Jalan Ini

Dalam antara kita yang ingin mengajak ke arah kebaikan,ada yang mungkin akan tumpas atau pun dengan kata lainnya berhenti dari medan da`wah.seperti mana Ustaz Hassan Hudaybi menyatakan:

Da`wah ini akan berjalan dan bergerak sama ada dengan kita atau tanpa kita. Seorang aktivis da`wah tidak perlu sedih sekiranya tidak nampak hasil.Allah melihat usaha kita. Pengasas empayar Rom tidak sempat melihat kejayaan nya kerana Rom itu terbina dalam masa yang lama. Kalau sang pengasas itu juangnya semata-mata untuk melihat hasil daripada usaha itu berada dalam hayatnya,maka usahanya mungkin sekali usaha yang tergopoh gapah tanpa perancangan yang kukuh.

Sahabatku,
Usaha anda mungkin tidak akan nampak hasilnya dalam hayat kita ini.Tetapi inshaallah akan membawa hasil.kerana jalan yang kita bawa adalah kesinambungan jalan Rasulullah dan para salafussoleh. Bukankah dalam surah Al-Fussilat ayat ke 33 Allah mengungkapkan

“Siapakah yang paling baik seruannya berbanding orang yang mengajak kepada Allah”.

Sahabat,
Dalam menjalani hidup,kita tidak akan lari daripada segala jenis cabaran. Al Quran sendiri perlu kita kaji dimana dinyatakan

“Adakah manusia itu menyatakan dirinya beriman sedangkan dia belum lagi diuji?”.

Maka ujian dan cabaran itu adalah penyukat terhadap kita. Sebagaimana kita mahu mendapatkan kualiti ISO atau SIRIM pun sesuatu produk itu perlu diuji, kita juga merupakan produk. Produk seorang Muslim untuk diuji sama ada kita ini seorang Mu`min sejati atau bukan.ada pepatah asing mengatakan, “Tea shows it flavor in hot water“.

Maka dapat kita ambil pengajaran bahawa dalam cabaran itu,kita mampu membina diri kita dan mencari serta memperbaiki kelemahan diri. Anda bayangkan tentang pedang.Diciptakan pedang itu dari besi.yang dipanaskan dan ditempa dengan ketukan untuk menempanya.Lalu menjadi pedang yang tajam yang berguna.Begitu juga manusia. Anggap saja manusia ini sebagai besi yang belum ditempa.Ketukan dan kepanasan yang amat tinggi itu adalah cabaran bagi kita.dan produknya adalah seorang Mukmin yang berkualiti.Yang bukan sahaja baik pada akhlak dan imannya tetapi turut sukses dalam kehidupan.

Bukankah Islam ini menyuruh kita untuk berjaya dalam pelbagai segi.Tidak cukup untuk kita baik perangai kita sendiri sahaja.Perlunya kita cemerlang dalam ilmu,ekonomi dan kekuatan.Dan juga perlu kita seru orang lain. Sebagai contoh, perumpamaan dalam buku tulisan Muhammad Qutb,

“ Masyarakat ini ibarat sebuah bahtera.lalu wujudnya segolongan yang ingin membocorkan lantai bahtera itu,sedangkan kita hanya melihat.Akhirnya kita sama - sama tenggelam.”Justeru, hal inilah yang terjadi dalam fenomena sekarang! Kita melihat orang melakukan kemungkaran tetapi tidak langsung ingin menghalang. Alasannya,jangan jaga tepi kain dan itu bukan hal dan masalah kita. Namun akhirnya penyakit ini membarah dan merosakkan masyarakat sehingga ahli keluarga kita sendiri. Sekarang,ADAKAH INI JUGA BUKAN MASALAH KITA??.

Masalahnya, bilamana umat ini hanya menganggap Islam itu sebagai agama ritual.yang setiap perlakuannya hanya adat dan budaya serta ibadat ritual, tiada pengertian lebih dari itu.Sedangkan Islam ini bukan ibadat sahaja. Kehidupan kita seharian dari kita memulakan hari kita perlu dalam kehidupan Islam.dari segi pentadbiran,pergaulan,pendidikan dan lain-lain. Merujuk kepada artikel tulisan bekas mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dalam penulisannya,dia mengatakan yang golongan agama ini dilabel dengan orang yang selalu berjalan lambat, tetapi cepat bila ada majlis kenduri,dan cepat juga pulang bila tamat kenduri,berselisih sama ada daging korban wajar diberi kepada bukan Islam atau tak.Sedangkan umat bukan Islam telah maju kedepan dengan teknologi.Dalam zaman ini,kita seakan kembali ke zaman jahiliah dimana kesedaran bahawa Islam itu sebagai jalan hidup amat nipis sekali.Dimana Jahiliah moden ini menganggap bahawa Islam itu hanya ritual.Hanya ibadah ritual dilakukan seharian.Hidup bekerja dan berkeluarga perlu ikut konsep lain dan bukan Islam.Ini suatu pemikiran yang mematikan.Tidak salah untuk kita mengambil konsep yang dibawakan kerna ia juga adalah ilmu yang berharga.Tetapi,bukankah sewajarnya kita berpaksikan kepada kehidupan yang menjadikan Islam itu sebagai jalan hidup dari semua segi.

Kejayaan cendekiawan Islam dahulu bukan hanya sekadar cerita dongeng semata.Itu adalah realiti sebenar.Tambahan pula,ada sebab kenapa mereka berjaya.Ini kerana, mereka menjadikan Islam ini sebagai jalan hidup bukan sebagai ritual.Jadi permulaannya,kita perlu membawa umat ini memahami erti shahadah itu sendiri.Dari satu kalimat ke satu kalimat.Bilamana kefahaman terhadap aqidah itu wujud dimana menerima konsep Tiada illah selain ALLAH,dan ini senang sekali membawa kepada da`wah berkaitan kehidupan seharian.

Contohnya,kenapa perlu bertudung,kenapa perlu menjaga pergaulan,kenapa perlu nya negara Islam,kenapa itu dan ini. Semuanya sudah ada jawapan kalau kita menerima konsep shahadah itu.Bukan maksudnya menerima itu sekadar melafazkan tetapi memahami dengan sebetulnya apa yang terkandung dalam shahadah. Bilamana kefahaman itu tiada maka terlampau banyak soalan yang bakal menjadikan kita lelah untuk menjawab.Semua perkara yang dipersoalkan akan perlu kita jawab.Yang terbaru,syed tantawi dikecam kerana bersalam dengan shimon peres.Syed tantawi adalah ulama yang hebat.Pasti dia sudah berijitihad dengan sungguh-sungguh.Kita tidak bersalam dengan yahudi pun,mereka tetap menindas saudara kita di Palestin.Bukankah dari penat berbalah dan mengecam seseorang,kita berusaha menyemaikan kefahaman tentang Islam kedalam hati orang Islam itu sendiri yangt tidak akan muncul macam-macam bantahan lagi seperti pengharaman yoga,tidak boleh pakai seluar bagi perempuan dan sebagainya yang dipersoalkan. Walhal,itu semua adalah ranting-ranting.Padahal pokok asasnya tidak kita perbetulkan dan fahami dengan sebaiknya. Kita potong ranting,ranting baru akan muncul. Tetapi kalau kita potong pokok tu terus,masalah akan selesai. Oleh itu,pokoknya adalah kefahaman.Sekarang,adakah anda faham??


Baca Seterusnya / Read More

Jundullah