Jumaat, 11 Disember 2009

Merancang Bahagia Melalui Jalan Agama

Sebagai seorang muslim kita pasti mempunyai cita-cita dan impian yang ingin dicapai dalam hidup namun tidak semua cita-cita itu akan terlaksana tanpa usaha dan disertai dengan qada dari Allah taala.

Manusia hanya mampu berusaha namun Allah yang menentukan segala-galanya. Apa jua yang kita cita-citakan mestilah selari dengan khendak Allah dan tidak lari dari syariatnya kerana mengejar cita-cita tanpa melalui jalan syariat beerti mencari kebahagiaan yang sementara dan sia-sia.

Untuk menjadi individu yang berjaya kita mesti ada perancangan kerana tanpa perancangan sukar bagi kita untuk bertindak. Allah S.W.T sendiri mengajar kita untuk melakukan “planning” dalam urusan hidup supaya kita dapat menjadi individu yang berjaya di dunia dan akhirat. Firman Allah Taala Dalam Surah Al-Hasyr ayat 18 :



18. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa Yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan Segala Yang kamu kerjakan.

Menerusi firman Allah yang mulia ini Allah menyuruh kita untuk memperhatikan apakah yang kita telah sediakan untuk menghadapi hari esok yakni (akhirat). Inilah disebut sebagai perancangan untuk berjaya dengan memperhatikan apakah telah kita sediakan untuk masa depan kita di akhirat nanti. Untuk berjaya di akhirat nanti ia sangat berkait dengan bagaimana kita merancang kehidupan semasa kita masih lagi berada di atas muka bumi Allah ini.

Sebelum melakukan perancangan kita mesti terlebih dahulu bertakwa kepada Allah kemudian barulah membuat perancangan dan akhir sekali kita bertawakal kepada Allah dan bertakwa kepadanya. Orang yang ingin berjaya mesti melakukan perancangan awal kerana apabila kita melakukan perancangan sebenarnya kita telah melangkah untuk berjaya. Dengan merancang ia mencetus satu motivasi dalaman dalam diri untuk bertindak namun perancangan yang di buat mestilah perancangan yang baik dan tidak lari dari garisan Allah Taala.


Untuk membina keluarga bahagia juga kita perlu kepada perancangan namun ia mestilah dalam kerangka menjaga syariatullah supaya ia mendapat keredaan Allah. Setiap manusia yang berkahwin mengharapkan kebahagiaan namun apakah mudah bagi kita mendapat bahagia sekiranya semasa dalam perhubungan sebelum kahwin dahulu kita melanggar syariatullah. Prinsip bercinta itu mudah iaitu, cintai Allah terlebih dahulu dan sekiranya jatuh cinta kepada makhluk Allah biarlah ia kerana Allah. Jangan jadikan cinta kepada makhluk merampas cinta kita kepada Allah kerana ia akan membinasakan kita. Apabila cinta yang utama adalah cinta kepada Allah maka cinta kepada makhluk Allah akan dapat dikawal oleh kuasa cinta kita kepada Allah. Bila seseorang manusia itu mencintai Allah maka cintanya kepada Allah itu akan mencegahnya untuk melakukan perbuatan yang mendatangkan murka Allah seperti keluar berdua-duaan, sms benda-benda yang melaghakan, dan sebagainya kerana itu semua nampak sahaja indah akan tetapi akibatnya adalah sangat bahaya.

Apabila prinsip ini kita patuhi sebenarnya kita telah merancang untuk mewujudkan keluarga bahagia melalui jalan Agama. Dengan prinsip Agama Islam sahajalah kita akan memperoleh bahagia dan sebarang kebahagiaan yang dicari dengan menyalahi prinsip Agama akan mengundang bencana. Masa untuk membina anak soleh yang dapat mendoakan kita selepas mati adalah bermula seawal peringkat kita ingin mencari pasangan hidup lagi. Sekiranya pasangan yang dicari itu kurang nilai Agamanya maka kemungkinan anak kita nanti itu akan mempunyai sikap yang sama. Melakukan perkara dosa dan maksiat semasa perkenalan juga bererti kita sedang mempersiapkan anak kita di masa hadapan untuk menjadi anak-anak yang akan mencabar kesabaran kita dengan perangainya nanti. Inilah kafarah yang akan kita dapat sekiranya kita menyalahi prinsip Agama Islam dalam mencari bahagia.

Kesimpulannya, untuk berjaya di dunia dan akhirat kita mesti melakukan “planning” dan ini semua mestilah dilakukan selaras dengan kehendak Allah. Tanpa perancangan kita sebenarnya merancang untuk gagal dan kegagalan yang teruk ialah kegagalan menjadi hamba Allah yang baik yang akan menyebabkan kita gagal ke Syurga Allah.

Sumber: Tintadaie


Baca Seterusnya / Read More

Rabu, 4 November 2009

Terlajak Kata Buruk Padahnya


Kita begitu bimbang dengan tahap kebersihan air yang kita minum setiap hari.
Untuk memastikan air yang kita minum itu bersih dan selamat,
kita pun membeli penapis air yang beribu harganya.
Tetapi bagaimana dengan kebersihan rohani kita?
Adakah "makanan" yang sampai ke jiwa kita itu bersih?

Pada zaman dahulu, ada seorang guru yang sangat alim. Suatu hari guru ini didatangi oleh seorang muridnya.

"Wahai guru, mahukah guru mendengar satu cerita tentang seorang guru lain yang tinggal di kampung sebelah?"

"Tunggu dulu. Sebelum kamu memberitahu cerita itu, saya ingin menjalankan sedikit ujian yang dipanggil "penapisan tiga peringkat"

"Penapisan tiga peringkat?"


"Ya, betul. Sebelum kamu bercerita tentang guru itu, mungkin ada baiknya kita berfikir sejenak dan menapis setiap perkataan yang bakal keluar dari mulut kamu Sebab itulah saya menamakannya "penapisan tiga peringkat".

Peringkat pertama ialah KEBENARAN (truth).

Adakah kamu benar-benar yakin cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya itu, cerita benar?

"Tidak, sebenarnya saya baru saja terdengar cerita itu dan...."


"Baiklah..jadi kamu tidak pasti samada cerita itu benar atau tidak. Sekarang, kita cuba peringkat kedua pula iaitu KEBAIKAN (goodness).
Adakah cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya tentang guru itu, sesuatu yang baik?"

"Tidak, sebaliknya...."

"Jadi, kamu akan menyampaikan sesuatu yang tidak elok tentang guru tersebut dan juga kamu tidak pasti samada cerita itu benar atau tidak.
Sekarang tinggal satu lagi peringkat iaitu peringkat ketiga.
Peringkat ketiga ialah MANFAAT (usefulness).
Adakah cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya itu akan memberi manfaat dan kebaikan kepada saya?"

"Tidak juga..."

Murid itu terdiam.


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima taubat dan Maha Penyayang. (al Hujurat, 49:12)


Baca Seterusnya / Read More

Selasa, 3 November 2009

Hukum Wanita Memakai Purdah

Oleh
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani

Pertanyaan.
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ditanya : “Bagaimana hukum wanita menutup muka (purdah) ?”

Jawapan.
Kami tidak mengetahui ada seorangpun daripada shahabat yang mewajibkan hal itu. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syari’at. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.

Oleh kerana itu saya telah membuat satu bab khusus di dalam kitab ‘Hijabul Mar’aatul Muslimah’, untuk membantah orang yang menganggap bahawa menutup wajah wanita adalah bid’ah. Saya telah jelaskan bahawa hal ini (menutup wajah) adalah lebih utama bagi wanita.

Hadits Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua telapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam ‘Al-Mushannaf’.

Pendapat kami adalah bahawa hal ini bukanlah hal yang baru. Para ulama dari kalangan ‘As Salafus Shalih’ dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir Ath-Thabari dan lain-lain mengatakan bahwa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.

Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.

“Ertinya : Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan”



Tanggapan saya.
Memang kaeidah ini bukan bid’ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syari’at. Sedangkan orang yang pertama menerima syari’at adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian orang-orang yang menerima syari’at ini daripada beliau adalah para shahabat. Para Shahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu ushul feqh seperti di atas.

Telah kami sebutkan dalam kitab ‘Hijaab Al-Mar’aatul Muslimah’ kisah seorang wanita ‘Khats’amiyyah’ yang dipandang oleh Fadhl bin ‘Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi Shallallahu ‘laihi wa sallam, dan wanita itupun melihat
Fadhl. Diaa adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik. Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika itu memalingkan
wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.

Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, sehingga boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram. Dan saya telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah ‘tahallul’ awal.

Dan seandainya benar wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan .?!

Kemudian kami katakan bahawa pandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita, tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syari’at dan dari segi tabi’at manusia.

Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya” [An-Nuur : 30]

Maksudnya daripada (memandang) wanita.

Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya” [An-Nuur : 31]

Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.

Kedua ayat diatas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.

Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya). Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.

Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, Si Pembuat syari’at dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua jenis menusia (lelaki dan perempuan)untuk menundukkan pandangan masing-masing.

Adapun hadits.

“Ertinya : Wanita adalah aurat”

Tidak berlaku secara mutlak. Karena tidak mungkin seseorang boleh menampakkan
auratnya di dalam shalat.[1]

Yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah maajoriti ulama (Jumhur).

Hadits diatas, yang berbunyi.

“Ertinya : Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaithan memperindahkannya”

Tidak boleh diartikan secara mutlak. Ini kerana ada kaedah yang berbunyi :

“Dalil umum yang mengandungi banyak cabang hukum, dimana cabang-cabang hukum itu tidak boleh diamalkan berdasarkan dalil umum tersebut, maka kita tidak boleh berhujah dengan dalil umum tersebut untuk menentukan cabang-cabang hukum tadi”.

Misalnya : Orang-orang yang menganggap bahawa ‘bid’ah-bid’ah’ itu baik adalah berdasarkan dalil yang sifatnya umum. Contoh : Di negeri-negeri Islam seperti Mesir, Syria, Jordan dan lain-lain…. ramai orang yang membaca shalawat
ketika memulai adzan. Mereka melakukan ini berdasarkan dalil yang sangat umum iaitu firman Allah.

“Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya” [Al-Ahzaab : 56]

Dan dalil-dalil lain yang menjelaskan keutamaan shalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang merupakan dalil-dalil umum (yang tidak boleh dijadikan hujjah dalam adzan yang memakai shalawat, karena ia memerlukan dalil khusus, wallahu a’lam, -pent-).

Mewajibkan wanita menutup wajah. Berdasarkan hadits : “Wanita adalah aurat”, adalah sama dengan keadaan di atas. Ini kerana wanita (Shahabiyah) ketika melaksanakan shalat mereka umumnya membuka wajah. Demikian pula ketika mereka pulang dari masjid, sebahagian mereka menutupi wajah, dan sebahagian yang lain masih membuka wajah.

Oleh yang demikian hadits diatas (wanita adalah aurat), tidak termasuk wajah dan telapak tangan. Prinsip ini tidak pernah bertentangan dengan praktik orang-orang salaf (para shahabat).

[Disalin dari kitab Majmu'ah Fatawa Al-Madina Al-Munawarah, edisi Indonesia
Fatwa-Fatwa AlBani, hal 150-154 Pustaka At-Tauhid]
_________
Foote Note
[1] Maksud beliau adalah bahwa orang yang berpendapat tentang wajibnya menutup
wajah bagi wanita pun bersepakat tentang bolehnya wanita membuka wajahnya, yang
menurut mereka adalah aurat, ketika shalat, maka hal ini menunjukkan bahwa
hadits di atas tidaklah berlaku secara mutlak [-pent]

Sumber : http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=780&bagian=0


Baca Seterusnya / Read More

Khamis, 29 Oktober 2009

SURAH AL WAQIAH


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”



Al-Waqia


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Apabila berlaku hari kiamat itu, (1) Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. (2) Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). (3) (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. (4) Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, (5) Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, (6) Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); (7) Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? (8) Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? (9) Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); (10) Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (11) (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (12) (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; (13) Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. (14) (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; (15) Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. (16) Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; (17) Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. (18) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. (19) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, (20) Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. (21) Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, (22) Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (23) (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. (24) Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; (25) Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain). (26) Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? (27) Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. (28) Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, (29) Dan naungan yang tetap terbentang, (30) Dan air yang sentiasa mengalir, (31) Serta buah-buahan yang banyak, (32) Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, (33) Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. (34) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (36) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (37) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; (38) Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, (39) Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. (40) Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? (41) Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak (42) Serta naungan dari asap hitam (43) Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan. (44) Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan). (45) Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar, (46) Dan juga mereka selalu berkata: Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula? (47) Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? (48) Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, (49) Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat yang termaklum. (50) Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), (51) Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, (52) Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, (53) Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, (54) Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas. (55) Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu. (56) Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat). (57) (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)? (58) Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya? (59) Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; (60) (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu) dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya. (61) Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak). (62) Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? (63) Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? (64) Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal, (65) (Sambil berkata): Sesungguhnya kami menanggung kerugian. (66) Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) (67) Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? (68) Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya? (69) Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur. (70) Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? (71) Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya? (72) Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir. (73) Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai) bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu). (74) Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran; (75) Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya. (76) Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), (77) Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, (78) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; (79) Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. (80) Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambil lewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini? (81) Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)? (82) Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya; (83) Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya. (84) Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, (85) Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami); (86) Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar? (87) Kesudahannya: Jika dia (yang mati itu) dari orang-orang "Muqarrabiin", (88) Maka (dia akan beroleh) rehat kesenangan dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan. (89) Dan jika dia dari puak kanan, (90) Maka (akan dikatakan kepadanya): Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan. (91) Dan jika dia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat, (92) Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak, (93) Serta bakaran api Neraka. (94) Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini. (95) Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar. / (96)


Baca Seterusnya / Read More

Selasa, 27 Oktober 2009

Rasullullah s.a.w dan Pengemis Yahudi Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.


Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.



Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.


Baca Seterusnya / Read More

Khamis, 15 Oktober 2009

Pemikiran Kritis Bagi Mahasiswa

Buku karangan Syeikh Yusof a-Qaradhowi, Aulawiyyat al-Harokah al-Islamiyyah Fi al-Marhalah al-Qadimah menarik perhaitan penulis. Betapa beliau menjelaskan kepentingan ijtihad-ijtihad baru berkaitan strategi atau taktikal dalam organisasi dan dakwah. Pembaharuan sedimikian sangat penting dalam menghadapi cabaran semasa.

Jika kita lihat, Allah s.w.t. berikan kelebihan kepada nabi Nuh dalam pembinaan bahtera agung kerana sesuainya suasana ketika itu di mana masyarakatnya mahir dalam pertukangan. Nabi Musa pula dianugerahkan tongkat sebagai mukjizat bersesuaian dengan masyarakat zamannya yang terjebak dengan ilmu kesihiran. Nabi Isa pula dianugerahkan mukjizat dapat menyembuhkan penyakit sopak, buta dan menghidupkan orang mati bersesuaian dengan keadaan masyarakatnya yang mahir dalam bidang perubatan. Manakala Nabi kita Muhammad s.a.w. diberikan mukjizat agung iaitu al-Quran mengatasi syair-syair hebat zaman Jahiliyyah.






Kembali kepada situasi mahasiswa hari ini. Pemikiran "yes man" yang membelenggu mahasiswa akibat kemalasan berfikir dan tidak berani mengemukakan pandangan akan menyebabkan pemikiran mahasiswa tidak dapat mendepani zaman. Paling menyedihkan apabila dalam sesuatu mesyuarat yang diadakan, tidak ada respon yang keluar di kalangan ahli mesyuarat. Hanya diam seribu bahasa. Nampak seolah-olah bersetuju, namun ada pula mesyuarat di luar bilik mesyuarat. "Ana rasa macam tak setuju la pandangan tadi........, apasal pelik sangat cadangan tadi?......kenapa pengerusi mesyuarat tidak menyusun begini........" dan lain-lain lagi.


Mahasiswa sebegini hanya berperanan sebagai "pengangguk" (maaf, mungkin agak kasar bunyinya) apabila mendengar sesuatu pandangan, arahan dan berita. Maka, pemikiran mereka tidak terasah dan bersifat statik berbanding zaman yang semakin melaju. Virus ini akan meninggalkan kesan mendalam pada masa akan datang dalam pembentukan "future leader" yang diimpikan.

Pertemuan bersama al-akh Rijalul Imam dan Mohan dari KAMMI (Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia) memberikan gambaran kepada penulis betapa mahasiswa Indonesia rajin berfikir dan sentiasa bersedia memimpin masyarakat. Susilo Bambang akan turun bertemu mahasiswa apabila ada luahan ketidakpuasan hati dari mahasiswa di sana. Beliau tidak menghalang mereka mengkritik kerana beliau tahu pemikiran sebegini menunjukkan mahasiswa di sana berfikir, ada sensitiviti dan ada idealisme yang hendeak diperjuangkan. Walaupun mungkin ada pandangan yang salah, namun beliau yakin pemikiran dan tindakan mahasiswa berguna untuk masa akan datang.
Maka program dan aktiviti yang bersifat brainstorming perlu diperkasakan dan diperbanyakkan. Biarkan pandangan yang diberikan mungkin salah pada awalnya, namun ianya lebih baik dari mereka yang berdiam diri dan bersikap "yes man". Justeru, penulis sentiasa menyeru diri penulis dan pembaca sekalian agar tarbiyyah fikriyyah tidak dikesampingkan. Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan :

Analytical thinking (mahasiswa perlu rajin menganalisa)
Critical thinking (kritikan mampu membina pemikiran)
Creative thinking (perlu membawa ideal-ideal baru yang bernas)
Constructive thinking (pemikiran dan pandangan juga perlu bersifat membina)

"Bergerak Seiringan, Memimpin Perubahan"




Baca Seterusnya / Read More

Rabu, 23 September 2009

Hari Raya datang lagi...

Hari raya datang lagi. Seluruh umat Islam menyambutnya dengan penuh kesyukuran tanda kita berjaya melepasi ujian sepanjang bulan Ramadhan. Dalam bulan tersebut, kita telah berpuasa selama sebulan dan sudah tentulah kedatangan hari raya ini mempunyai makna yang tersendiri kepada setiap Muslimin dan Muslimat. Menyebut Aidilfitri bermakna kita kembali kepada fitrah diri kita sendiri. Fitrah yang mengaku pada peringkat kejadian yang sempurna dan hebat ingin meletakkan keagungan dan keredhaan Allah sebagai mercu tanda kejayaan dunia dan akhirat. Kejayaan kita berpuasa dalam erti kata sebenarnya kita telah pun memerdekakan diri kita daripada nafsu serakah sama ada dalam bentuk lahiriah dan batinnya.


ADAB-ADAB MENYAMBUT AIDILFITRI

Aidilfitri merupakan satu perayaan yang syariat Islam anjurkan bagi meraikan kejayaan umat Islam menyempurnakan ibadah puasa Ramadhan. Tidak kira bangsa, warna kulit, dan tempat, ketibaan 1 Syawal amat dinantikan oleh setiap individu muslim, masing-masing ingin bergembira meraikan Aidilfitri seperti mana yang telah dieprintahkan oleh Allah SWT dan Rasul Nya. Syariat Islam menganjurkan sambutan meraikan Aidilfitri diadakan dalam suasana yang penuh adab dan sopan dengan tidak menyimpang dari kesucian ajaran Islam. Jika ibadah puasa mesti mengikut syariat, sudah tentu ibadah dalam smabutan Aidilfitri juga ada peraturan dan adabnya. Kita perlu meletakkan diri kita di kalangan individu-individu yang sentiasa memakmurkan syiar-syiar Islam dengan membesarkan Allah SWT sehingga melayakkan kita mendapat darjah ketaqwaan dan kasih sayang daripadaNya. Allah SWT menjelaskan : "Barangsiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu (membesarkan syiar Allah) lahir dari hati yang bertaqwa". (Surah Al-Haj: Ayat 32)

Program sambutan Aidilfitri yang dianjurkan Islam tidak mengenepikan adat budaya setempat yang dimiliki sesuatu bangsa, bahkan kepelbagaian budaya itu menambah keceriaan sambutan. Perkara asas yang perlu diutamakan dalam sambutan ialah menjaga dan menjunjung adab dan akhlak Islam, walaupun dalam masyarakat yang pelbagai. Namun ketika seronok merayakan sambutan Aidilfitri, ingatlah pesanan Nabi Muhammad SAW: " Sesungguhnya iblis laknatullah akan memekik pada setiap hari raya. Maka berhimpunlah semua ahli keluarganya dengan mengelilinginya. Mereka bertanya: "Wahai tuan kami, apakah yang menyebabkan kemarahanmu ini?" Jawab iblis: "Sesungguhnya Allah SWT benar-benar telah mengampunkan umat Muhammada pada hari ini. Maka kamu mesti menyibukkan mereka dengan segala macam kelazatan dan kesenangan nafsu". (Riwayat Bukhari)

Sambutan perayaan Aidilfitri harus diuar-uarkan delam bentuk tingkah laku keagamaan yang menekankan persoalan adab dan akhlak yang murni. Adab-adab Islam perlu dipertahankan dalam suasana kemeriahan Aidilfitri bagi mempertahan kesucian 'fitrah' yang telah dibina dan dibajai pada bulan Ramadhan. Tidaklah nanti sambutan Aidilfitri menjadi acara sambutan tahunan yang mengutamakan keseronokan hiburan dan pesta makan minum semata-mata.

(Dipetik dan diolah dari Mingguan Wanita Edisi Khas Aildilfitri 2005)


Baca Seterusnya / Read More

Jumaat, 21 Ogos 2009

RAMADHAN: BULAN RAHMAT, BERAMAL SOLEH DAN BERPUASA

Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).

Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.

Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.

Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.

(Sumber:www.harunyahya.com)


Baca Seterusnya / Read More

Selasa, 11 Ogos 2009

The Doors of Sadaqah

Rasul Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: “Bear in mind that if all the people combined together to grant you some benefit, they would not be able to do it unless Allah has determined it for you. And that if all of them combined together to do you harm, they would not be able to do it unless Allah has determined it for you. The pens have been set aside and writings of the Book of Fate have become dry.” [Tirmidhi]

The important lesson to understand from this hadith is that we must not fear death, loss or reproach in obeying the commands of Allah (subhana wa ta’ala), for only that harm will come to us which is already destined to. A believer should not be frightened by the number or resources of the enemies of Allah. This should never determine whether they should obey Allah or not, as this hadith tells us that they can not do any harm unless Allah has destined it for them. And if that is the case that harm will come anyway, but the believer will be rewarded for obeying the commands of Allah (subhana wa ta’ala).

Unfortunately, we find Muslims helping to hurt and kill other Muslims today, using as an excuse that harm would come to them otherwise. We need to develop our understanding of qada wal qadar to become righteous.

The simplest sadaqah that you can give

Abu Dhar al-Ghafari said: “The Messenger of Allah (sal Allahu alaihi wasallam) said: ‘Sadaqah is prescribed for every person every day the sun rises.’ I said: ‘O Messenger of Allah, from what do we give sadaqah if we do not possess property?’ He said: ‘The doors of sadaqah are takbir (Allahu Akbar), Subhan Allah, Alhamdulillah, La-ilaha-ilAllah, Astaghfirullah, enjoining good, forbidding evil, removing thorns, bones and stones from the paths of people, guiding the blind, listening to the deaf and dumb until you understand them, guiding a person to his object of need if you know where it is, hurrying with the strength of your legs to one in sorrow who is appealing for help, and supporting the weak with the strength of your arms. These are all the doors of sadaqah.” [Ahmad]

In other words one does not need to have financial resources to earn the reward of sadaqah. There are many deeds that qualify as sadaqah with Allah (subhana wa ta’ala). In addition to those listed above the following ordinary courtesies are also sadaqah if we do them with the intention of pleasing Allah with them.

1. To administer justice between two people is sadaqah.
2. To assist a man upon his mount so that he may ride it is sadaqah.
3. To place his luggage on the animal is sadaqah.
4. A good word is sadaqah.
5. Every step taken toward prayer is sadaqah.
6. Your smile for your brother is sadaqah.
7. Planting anything from which a person, an animal or anything eats is sadaqah.

Even the birds know how to smile


Baca Seterusnya / Read More

Ahad, 2 Ogos 2009

Love Your Brother For The Sake of ALLAH

Praise be to Allah Who has perfected our religion for us, and has completed His Favour upon us. And blessings and peace be upon His Prophet and Messenger Muhammad, the Prophet of repentance and mercy.

Love your brother for the sake of Allah



In our contemporary society, friends are made at school, at work, in neighborhoods and even over the Internet. Friends are made and kept for a variety of reasons. People make friends with others who share common interests, hobbies, and even vices. The final goal of a friendship is often simply company, a desire to spend time with someone, doing something that they both enjoy. A Muslim ought to choose friends more carefully and critically.

Certainly, Muslims, like everyone else, want friends who share interests and who are fun to be with. We all enjoy having a picnic with a friend or going out to dinner with friends, and who wouldn't like to go to a gathering with some of their best friends? But, that is not only what a truly Islamic friendship is all about. In fact, an Islamic friendship is not that simple at all.


In Islam, true friendships are bound by brotherhood and sisterhood, bonds that are stronger than typical friendships. They are bonds that exist for a much higher reason and with a greater goal.

Muslims make friends knowing that the relationship they will ensue is an important bond between two people who share mutual goals. Their friendship is one that exists primarily for the sake of Allah the Almighty. The love and camaraderie that is born from such a friendship is a secondary benefit, for sure.

True love for the sake of Allah

Love for others comes in different forms. Love between a husband and wife is one type of these forms, all friendship is another form. However, all forms of fondness that any one person can have for any other person, for the purpose of this article, will be referred to as love.

Realistically, pure love of another person only for the sake of Allah is difficult. Few people can attain such a friendship, which is why Allah rewards such an act of faith generously. The Prophet,(SAW) explained, "Allah said: those who love one another for My glory will be upon Minbars of light [high positions], and the Prophets and martyrs will wish that they had the same." [At-Tirmithi]

Nevertheless, many of us, in an attempt to reach this high level of faith, must try to make and build strong friendships that benefit us and our Ummah. In Islam true friendship is brotherhood or sisterhood- a bond that is strong and enduring. In this bond, men and women can find the sweetness of faith as the prophet (SAW) said: "There are three things that whoever attains them will find the sweetness of faith: if Allah and His Messenger are dearer to him than anyone or anything else; if he loves a person solely for the sake of Allah; and if he hates to return to disbelief after Allah has rescued him from it, as much as he would hate to be thrown into the Fire." [Al-Bukhari and Muslim]

The rewards of loving another for Allah’s sake are consistent with its importance. Its impact is not singular- it affects the entire society. For entire society to exist in harmony and peace, its constituents must be at peace. If we could each want for our friends what we want for ourselves, the world would be a better place. This is what Islam ensures. If there is brotherhood and unity among the people, the society at large will be united.

The Prophet (SAW) instilled a deep-rooted love in the hearts of the companions to create a model Islamic society that all Muslims thereafter can emulate. Prophet Muhammad (SAW), tried to eliminate hatred, jealousy and rivalry by inducing brotherhood, a sincere love and friendship. The Islamic society is ideally built upon the foundation of brotherhood, as the Prophet advised: "Believers are like a structure, parts of which support one another.

The believers, in their mutual friendship, mercy and affection, are like one body; if any part of it complains, the rest of the body will also stay awake in fever." [Al-Bukhari and Muslim]

How to love someone

Since love among the believers is a condition of faith in Islam, the peace and harmony that is desired by all can be achieved, as each individual strives to do good and earn reward. So, what can we do? How can we be sure that our friendships are for the sake of Allah? Our lives are full of opportunities to increase and improve our friendships. First, as with any undertaking, we need to make clear, pure and sincere intentions. Pertaining to the existing friendships that we already have, we should make a conscious effort to love our friends for the sake of Allah. When we make friends in the future, we should also make conscious intentions that those new friendships will be for the sake of Allah.

After a pure intention, we need sincere actions. The Prophet,(SAW) , recommended a very simple but significant way to help Muslims gain brotherhood saying: "I swear by the One in Whose hands my soul is, you will not enter Paradise until you believe, and you will not believe until you love one another. Shall I not tell you of something that if you do it, you will love one another? Spread salaam [greeting one another saying: As-Salaam Alaykum] amongst yourselves."

[Muslim] Greeting each other frequently and lovingly is the first step to achieving the ideal brotherhood.

It would seem that greeting another with "As-Salaam Alaykum" is an easy action. However, given the nature of men and women and our vulnerability to changing emotions, sometimes these simple words are hard to utter. In other words, there are times when even this simple greeting is hard to say to someone with whom we might have argued. The beauty of Islam is that it is realistic. So, it is allowed for us to take time to "cool off," but we are not allowed to cut off friendships based on rash and unreasonable emotions.

The Prophet, (SAW) said, "It is not permissible for a Muslim to be abandoned from his brother for more than three days, both of them turning away from one another when they meet. The better of them is the one who is first to greet the other." [Al-Bukhari and Muslim]

These teachings encourage Muslims to improve themselves, thereby improving their society. "Do not break off ties with one another, do not turn away from one another, do not hate one another, and do not envy one another. Be O slaves of Allah brothers." [Al-Bukhari]

The Prophet's memory and words live in our hearts and minds. Heeding his advice, we should realize that we are supposed to be brothers or sisters in Islam because we share a common religion and belief. We are to be brothers and sisters in our hearts because we share a common goal-Allah’s pleasure.


Allahumma infa`ni bima `allamtani wa `allamni ma yanfa`uni! Meaning (OH ALLAH! Make useful for me what You taught me and teach me knowledge that will be useful to me).

Every Jumuah,the Imam warns us saying “ Ina-Allah Yaamur bil Adeel wal ihsan …etc .meaning “Indeed, Allah orders justice and good conduct and giving to relatives and forbids immorality and bad conduct and oppression. He admonishes you that perhaps you will be reminded". (6:90)



May Allah continue to Guide and Guard us aright. Amin


Baca Seterusnya / Read More

Ahad, 19 Julai 2009

Semoga Berjaya


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Semester 3/2008/2009 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Peperiksaan akhir juga sudah mula menjengukkan

diri. Bersediakah anda? Mari semak persediaan untuk menghadapi peperiksaan;

  1. Semangat yang tinggi
  2. Pembacaan yang banyak
  3. Kefahaman yang jelas
  4. Ulangkaji berterusan
  5. Keyakinan diri
Setelah anda selesai dengan kelima-lima senarai semak di atas, panjatkan doa serta tawakal kepada Yang Maha Esa agar kejayaan mengiringi usaha seperti dalam firmanNya yang bermaksud;
" Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal."
Surah Ali Imran : 159





Baca Seterusnya / Read More

Isnin, 13 Julai 2009

Hati

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)



Manusia diciptakan dengan sifat dan ciri-ciri yang paling istimewa dan di dalam penciptaan manusia, Allah turut menciptakan hati. Hati mempunyai peranan yang sangat besar kerana hati umpama raja kepada anggota badan yang lain. Orang melayu yang terkenal dengan pepatah dan bahasa kiasan turut menjadikan 'hati' sebagai elemen pepatah seperti; "Dari mata turun ke hati". Berdasarkan pada ungkapan tadi, jelas mengatakan bahawa hati berperanan besar dalam segala tindak tanduk kita. Terdapat 3 jenis hati manusia iaitu:

1. Hati yang sihat
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t

2. Hati yang mati
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.

3. Hati yang sakit
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.

Sebagai manusia yang selalu lalai dan leka, kita perlu sentiasa menyemak diri kita. Selidik apa yang kurang dan kaji apa yang lompong. Kenali jenis apakah hati kita dan sentiasa berusaha membaiki diri kerana Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air. " Oleh itu, penawar bagi hati yang berkarat ini adalah dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan mengingati mati.


Terdapat satu kisah di mana Rasulullah SAW sentiasa berdoa dengan; " Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati manusia, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu dan dalam melakukan ketaatan kepadaMu". Bila Saidatina Aisyah bertanya "Mengapa?"Lalu Baginda menjawab "Sesungguhnaya hati manusia ini berada di antara 2 jari Allah dan jika Dia hendak menukarkannya, amat mudahlah bagiNya."


Baca Seterusnya / Read More

Jumaat, 3 Julai 2009

Berada Pada Jalan Ini

Dalam antara kita yang ingin mengajak ke arah kebaikan,ada yang mungkin akan tumpas atau pun dengan kata lainnya berhenti dari medan da`wah.seperti mana Ustaz Hassan Hudaybi menyatakan:

Da`wah ini akan berjalan dan bergerak sama ada dengan kita atau tanpa kita. Seorang aktivis da`wah tidak perlu sedih sekiranya tidak nampak hasil.Allah melihat usaha kita. Pengasas empayar Rom tidak sempat melihat kejayaan nya kerana Rom itu terbina dalam masa yang lama. Kalau sang pengasas itu juangnya semata-mata untuk melihat hasil daripada usaha itu berada dalam hayatnya,maka usahanya mungkin sekali usaha yang tergopoh gapah tanpa perancangan yang kukuh.

Sahabatku,
Usaha anda mungkin tidak akan nampak hasilnya dalam hayat kita ini.Tetapi inshaallah akan membawa hasil.kerana jalan yang kita bawa adalah kesinambungan jalan Rasulullah dan para salafussoleh. Bukankah dalam surah Al-Fussilat ayat ke 33 Allah mengungkapkan

“Siapakah yang paling baik seruannya berbanding orang yang mengajak kepada Allah”.

Sahabat,
Dalam menjalani hidup,kita tidak akan lari daripada segala jenis cabaran. Al Quran sendiri perlu kita kaji dimana dinyatakan

“Adakah manusia itu menyatakan dirinya beriman sedangkan dia belum lagi diuji?”.

Maka ujian dan cabaran itu adalah penyukat terhadap kita. Sebagaimana kita mahu mendapatkan kualiti ISO atau SIRIM pun sesuatu produk itu perlu diuji, kita juga merupakan produk. Produk seorang Muslim untuk diuji sama ada kita ini seorang Mu`min sejati atau bukan.ada pepatah asing mengatakan, “Tea shows it flavor in hot water“.

Maka dapat kita ambil pengajaran bahawa dalam cabaran itu,kita mampu membina diri kita dan mencari serta memperbaiki kelemahan diri. Anda bayangkan tentang pedang.Diciptakan pedang itu dari besi.yang dipanaskan dan ditempa dengan ketukan untuk menempanya.Lalu menjadi pedang yang tajam yang berguna.Begitu juga manusia. Anggap saja manusia ini sebagai besi yang belum ditempa.Ketukan dan kepanasan yang amat tinggi itu adalah cabaran bagi kita.dan produknya adalah seorang Mukmin yang berkualiti.Yang bukan sahaja baik pada akhlak dan imannya tetapi turut sukses dalam kehidupan.

Bukankah Islam ini menyuruh kita untuk berjaya dalam pelbagai segi.Tidak cukup untuk kita baik perangai kita sendiri sahaja.Perlunya kita cemerlang dalam ilmu,ekonomi dan kekuatan.Dan juga perlu kita seru orang lain. Sebagai contoh, perumpamaan dalam buku tulisan Muhammad Qutb,

“ Masyarakat ini ibarat sebuah bahtera.lalu wujudnya segolongan yang ingin membocorkan lantai bahtera itu,sedangkan kita hanya melihat.Akhirnya kita sama - sama tenggelam.”Justeru, hal inilah yang terjadi dalam fenomena sekarang! Kita melihat orang melakukan kemungkaran tetapi tidak langsung ingin menghalang. Alasannya,jangan jaga tepi kain dan itu bukan hal dan masalah kita. Namun akhirnya penyakit ini membarah dan merosakkan masyarakat sehingga ahli keluarga kita sendiri. Sekarang,ADAKAH INI JUGA BUKAN MASALAH KITA??.

Masalahnya, bilamana umat ini hanya menganggap Islam itu sebagai agama ritual.yang setiap perlakuannya hanya adat dan budaya serta ibadat ritual, tiada pengertian lebih dari itu.Sedangkan Islam ini bukan ibadat sahaja. Kehidupan kita seharian dari kita memulakan hari kita perlu dalam kehidupan Islam.dari segi pentadbiran,pergaulan,pendidikan dan lain-lain. Merujuk kepada artikel tulisan bekas mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dalam penulisannya,dia mengatakan yang golongan agama ini dilabel dengan orang yang selalu berjalan lambat, tetapi cepat bila ada majlis kenduri,dan cepat juga pulang bila tamat kenduri,berselisih sama ada daging korban wajar diberi kepada bukan Islam atau tak.Sedangkan umat bukan Islam telah maju kedepan dengan teknologi.Dalam zaman ini,kita seakan kembali ke zaman jahiliah dimana kesedaran bahawa Islam itu sebagai jalan hidup amat nipis sekali.Dimana Jahiliah moden ini menganggap bahawa Islam itu hanya ritual.Hanya ibadah ritual dilakukan seharian.Hidup bekerja dan berkeluarga perlu ikut konsep lain dan bukan Islam.Ini suatu pemikiran yang mematikan.Tidak salah untuk kita mengambil konsep yang dibawakan kerna ia juga adalah ilmu yang berharga.Tetapi,bukankah sewajarnya kita berpaksikan kepada kehidupan yang menjadikan Islam itu sebagai jalan hidup dari semua segi.

Kejayaan cendekiawan Islam dahulu bukan hanya sekadar cerita dongeng semata.Itu adalah realiti sebenar.Tambahan pula,ada sebab kenapa mereka berjaya.Ini kerana, mereka menjadikan Islam ini sebagai jalan hidup bukan sebagai ritual.Jadi permulaannya,kita perlu membawa umat ini memahami erti shahadah itu sendiri.Dari satu kalimat ke satu kalimat.Bilamana kefahaman terhadap aqidah itu wujud dimana menerima konsep Tiada illah selain ALLAH,dan ini senang sekali membawa kepada da`wah berkaitan kehidupan seharian.

Contohnya,kenapa perlu bertudung,kenapa perlu menjaga pergaulan,kenapa perlu nya negara Islam,kenapa itu dan ini. Semuanya sudah ada jawapan kalau kita menerima konsep shahadah itu.Bukan maksudnya menerima itu sekadar melafazkan tetapi memahami dengan sebetulnya apa yang terkandung dalam shahadah. Bilamana kefahaman itu tiada maka terlampau banyak soalan yang bakal menjadikan kita lelah untuk menjawab.Semua perkara yang dipersoalkan akan perlu kita jawab.Yang terbaru,syed tantawi dikecam kerana bersalam dengan shimon peres.Syed tantawi adalah ulama yang hebat.Pasti dia sudah berijitihad dengan sungguh-sungguh.Kita tidak bersalam dengan yahudi pun,mereka tetap menindas saudara kita di Palestin.Bukankah dari penat berbalah dan mengecam seseorang,kita berusaha menyemaikan kefahaman tentang Islam kedalam hati orang Islam itu sendiri yangt tidak akan muncul macam-macam bantahan lagi seperti pengharaman yoga,tidak boleh pakai seluar bagi perempuan dan sebagainya yang dipersoalkan. Walhal,itu semua adalah ranting-ranting.Padahal pokok asasnya tidak kita perbetulkan dan fahami dengan sebaiknya. Kita potong ranting,ranting baru akan muncul. Tetapi kalau kita potong pokok tu terus,masalah akan selesai. Oleh itu,pokoknya adalah kefahaman.Sekarang,adakah anda faham??


Baca Seterusnya / Read More

Jundullah