Sabtu, 28 Ogos 2010

APA itu fahaman SEKULARISME?


Sekularisme berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ Yang bermaksud “masa” iaitu “kini dan zaman ini” dan tempat yakni dunia ini…

Ia juga membawa erti satu generasi atau zaman..

Istilah :- Fahaman falsafah atau sistem yang memisahkan urusan dunia samada urusan pemerintahan, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran daripada urusan-urusan agama. Ia menolak peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan manusia…

CIRI-CIRI SEKULARISME…

Perkara agama disempitkan kepada hal-hal peribadi sahaja

1. Anti agama dan tradisi

2. Akhlak yang digunapakai oleh golongan sekularisme tidak tetap (pragmatik)

3. Kebendaan (materialism) menjadi kayu ukur yang utama dalam menentukan kebenaran sesuatu perkara

4. Pendidikan,ekonomi, pengurusan, kewangan, pentadbiran, perubatan dan lain-lain urusan pentadbiran serta semua perkara dipisahkan dari agama.


AMALAN SEKULARISME…

1. Golongan agama dipinggirkan daripada memberi pandangan dan pendapat mengenai hal-hal berkaitan pentadbiran Negara

2. Segala macam sImbol dan institusi agama yang sebelum ini diterima masyarakat telah hilang pengaruh dan kedaulatannya

3. Sistem perundangan dibentuk melalui pemikiran atau akal sahaja tanpa berlandaskan wahyu dan ajaran agama Islam

ISLAM MENOLAK SEKULARISME..

Pengaruh sekularisme yang telah dibawa oleh penjajah mengakibatkan berlakunya porak-peranda pegangan agama dalam kalangan umat Islam. Islam menolak fahaman sekularisme kerana ianya terang-terangan TIDAK berlandaskan kepada Islam. Hal ini dapat dibuktikan melalui fahaman mereka yang mengaitkan agama dengan individu sahaja dan ia dikatakan tidak berguna, hidup dalam kekosongan, serba salah, tidak tenang dan tanpa arah tujuan serta tidak mememiliki kasih sayang yang sejati.

Sekularisme memisahkan antara urusan agama dari kehidupan manusia. Tetapi ia masih mengakui agama, cuma tempatnya hanya di tempat-tempat ibadah dan majlis-majlis agama sahaja serta tidak boleh mencampuri urusan dunia.

Motonya :-

“Berikan apa untuk urusan memerintah kepada pemerintah dan apa urusan Allah kepada Allah”

PENGARUH SEKULARISME TERHADAP UMMAT ISLAM..

Ideologi sekularisme yang dibawa oleh orang Yahudi dan Nasrani ini merupakan fahaman negatif yang sengaja diadakan oleh orang kafir bagi menyesatkan pemikiran orang Islam. Mereka menafikan segala urusan dunia dengan agama, menolak agama Islam dan tuhan yakni Allah s.w.t. Fahaman Sekularisme dapat dinilai dan diteliti dengan memberi tumpuan dalam perkara yang berkaitan agama.

Dari aspek Agama : -

Sekularisme membawa ajaran, pemikiran, fahaman yang memisahkan di antara agama dan kehidupan. Mereka menyatakan bahawa agama Islam adalah bersifat “ritual” yakni berbentuk ibadah semata-mata dan langsung tidak ada kaitan dengan kehidupan manusia.

Pengaruh sekularisme turut meletakkan para ulama hanya golongan yang berperanan di masjid, dan masalah-masalah agama semata-mata seperti perkahwinan dan ibadah. Manakala urusan berkaitan pentadbiran haruslah diserahkan kepada mereka yang bukan dairpada golongan ulamak dan mendapat pendidikan di Eropah.

Selain itu, fahaman sekularisme juga mengetengahkan mengenai agama yakni pemisah daripada agama Islam. Mereka menyatakan bahawa agama tidak penting.

Sesetengah daripada golongan sekularisme menyatakan bahawa agama adalah bertentangan dengan fitrah manusia. Mereka juga membawa fahaman bahawa kehidupan ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah dan langsung tidak berkaitan dengan kehidupan

KESAN SEKULARISME / PERTENTANGAN DALAM ISLAM…

Membentuk individu yang bebas dari kongkongan agama dalam urusan dunia. Oleh itu, lahirlah manusia yang menganggap kehidupan mereka tiada kaitan dengan agama. Walhal, semua amalan dunia akan dihisab oleh Allah s.w.t di akhirat kelak

Nilai akhlak adalah luhur. Tetapi, sebagaimana digariskan oleh islam. Namun, dalam sekularisme nilainya adalah pragmatik iaitu boleh berubah berdasarkan kepentingan dalam pelbagai situasi. Ukuran kepentingan ideologi ini adalah ukuran kebendaan yakni materialistik.

Tiada ruang untuk unsur-unsur rohani disuburkan kerana unsur rohani bertunjangkan agama. Hanya unsur fizikal / material yang dinilai sebagai penting.

Sistem perundangan, pendidikan, pentadbiran dan lain-lain adalah bebas daripada apa-apa kongkongan agama. Akal manusia dianggap mampu menyelesaikan permasalahan yang wujud (demokrasi)

Wujud penindasan dalam masyarakat kerana nilai agama dianggap tidak berguna. Oleh itu, ideologi ini membenarkan pembebasan dalam menindas orang lain demi kepentingan kerana ukuran kepentingan ialah kebendaan.

Membawa ideologi sekular dalam pemerintahan Islam. Oleh itu, umat Islam akan menjadi lemah dan tidak kuat walaupun memiliki jumlah yang ramai ibarat buih di lautan.

Sumber ekonomi Negara dan ummat Islam akan menjadi maju tetapi menindas.
Terhapusnya dasar Islam yang suci yakni undang-undang Islam dan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan. Mereka lebih mencintai harta daripada Allah serta angkuh dan pentingkan kebanggaan diri.

Kesimpulannya, ummat Islam haruslah bersatu padu dan tidak terjebak dalam gejala sekularisme yang semakin menular dalam kalangan masyarakat. Hakikatnya, kesyumulan Islam itu terkandung dalam akidah, syariat dan akhlak yang mencerminkan kebenaran fahaman sesuatu perkara.

Perkongsian Minda

Penulis
Dikenali sebagai

DZUL
Bendahari Agung Persatuan i Rakan
Diploma Perakaunan ,UNiSEL

0 ulasan:

Jundullah