PENDEKATAN USRAH DAN NAQIB :
DALAM MENGHADAPI MAD’U TERKINI
Ruh  Ibadah
Islam adalah agama “misi dan dakwah”.
Peranan sosial dan  dakwah.
Mampu menyentuh seluruh lapisan masyarakat untuk mengubah dan  mencelupnya dengan warna Islam; secara teori dan praktis.
Kapasiti  Daie
Kemampuan ilmu, kecekapan dan keteladanan.
Mampu memahami  rahsia jiwa seseorang, mampu menghiasi diri dengan watak sabar dan  lapang dada.
Memiliki firasat yang tajam dan hujah yang kuat.
Memiliki  kemampuan “indra ketuhanan”; menarik simpati hati, menyatukan jiwa dan  berinteraksi dengan gerakan dakwah.
Perbaiki dirimu !
Wujudnya  peribadi yang benar-benar mukmin akan membuka banyak peluang untuk  berjaya.
Pengorbanan para daie ; harta, tenaga dan waktu.
Perhatian  kepada ; memberi uswah hasanah, menampilkan gambaran nyata tentang  islam, pemahaman yang universal dan toleransi dalam masalah khilaf dan  furu’ dengan metod tadarruj.
Tugas Daie
Tugas pegawai  elektrik; mengalirkan kekuatan dari sumbernya ke setiap hati agar  sentiasa bersinar dan menerangi sekeliling.
Tatkala ingin memikat  hati mad’u ; anda adalah daie ; bukan ulama’ atau fuqaha’ jauh sekali  bukan qadi.
Tatkala berdakwah ; anda sedang memberi hadiah dan  pertimbangan anda ; hadiah apa yang paling pantas diberi dan bagaimana  cara memberi ?
Rintangan Dakwah
Permasalahan yang muncul dari  dalam dirinya ; orang yang tidak memiliki sesuatu tidak mampu memberi  sesuatu!
Seseorang yang tidak memiliki kunci, maka sulit untuknya  masuk. Manusia yang hatinya terkunci; bagaikan pintu grill besar dan  kuat yang hanya dapat dibuka dengan kunci yang kecil.
Persoalannya  : Kembali kepada kemampuan daie !
Potensi daie secara ruhiah,  kecekapan membuat program (tidak formal), serta kesabaran dan ketahanan  dalam mewujudkannya.
Selayaknya seorang daie membuat program dan  langkah-langkah dalam menyentuh hati dan mengambil simpati mad’u.
Daie  perlu memberi perhatian kepada…….
Celah-celah kebaikan yang ada pada  mad’u kemudian memupuknya…. sehingga celah-celah keburukan yang ada  padanya tersingkir dan ia mampu bangkit berdiri melangkah ke jalan  Islam.
Daie yang paling sukses: Pendidik
Menghayati hati dan  pola pemikiran pelajar, lalu membimbing mereka sedikit demi sedikit,  sehingga tujuan yang hendak dicapai terlaksana.
SIKAP DAIE DAN  MAD’U
GURU/PENDIDIK – PELAJAR
“ Untuk mencapai kejayaan dalam  usaha mentarbiah, mendidik dan mengajar mereka; tidak bermuamalah dengan  mereka sebagai musuh dan hubungan pun bukan permusuhan. Jika terjadi  permusuhan, kita tidak dapat menguasai mereka” Ustaz Fathi Yakan, Konsep  Penguasaan
Daie yang paling sukses: Doktor
Menghapus  penderitaan dengan kata-kata yang penuh keimanan dan memberi ubat yang  sesuai.
SIKAP DAIE DAN MAD’U
DOKTOR – PESAKIT
“ Setiap  penyakit itu ada ubatnya. Apabila ubat mengenai pesakit (sekun-rasi), ia  akan sembuh dengan izin Allah” Riwayat Muslim
QUDWAH HASANAH
“Untuk  dapat mempengaruhi orang ramai, menarik mereka ke dalam jemaah dan  menguasai mereka, daie mestilah menjadi contoh teladan kepada orang  ramai. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan dari  bahasa lidah” Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan
Perilaku dan  keteladanan daie yang ikhlas akan mempunyai pengaruh yang besar daripada  tulisan dan ceramah. Ibarat “remote control” yang dapat memindahkan  siaran TV tanpa kabel; daie yang ikhlas dan penuh kasih sayang ; tidak  akan ada kesulitan memasukkan apa yang ada dalam hatinya dalam hati  orang lain.
LEMAH LEMBUT DAN BELAS KASIHAN
“Penguasaan  terhadap manusia memerlukan daie itu bersifat lemah-lembut dan belas  kasihan. Kerana manusia itu benci kepada kekerasan dan mereka yang  bersikap kasar”
Ustaz Fathi Yakan, Konsep Penguasaan
“Sekiranya  kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri  daripada sekelilingmu, kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun  buat mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu”
Al-Imran  ; 159
“EYE CONTACT”
Jika tatapan mata yang dipenuhi oleh rasa  iri hati dan dengki itu dapat memberi mudarat, mata tatapan mata yang  dipenuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan.
PANDANGAN  KASIH SAYANG
“Sesiapa yang memandang saudaranya dengan pandangan  kasih sayang, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya” al-hadis
Pandangan  sekilas yang penuh dengan keteduhan dan kasih sayang yang ditujukan  pada hati dan mengajak berbicara dengan lembut. Ibarat kamera hanya  dengan satu kilatan dapat menangkap gambar yang indah.
Mata adalah  sarana terpenting bagi seorang daie dan merupakan wasilah yang kesannya  sangat besar bagi mad’u. Kerana ketika seorang daie memandang saudaranya  sesama muslim dengan penuh kasih sayang, seakan ia telah memberikan  hartanya yang paling berharga.
Jika pandangan seorang yang penuh  kedengkian akan menghancurkan, maka pandangan yang penuh cinta dan kasih  sayang juga dapat berpengaruh dalam menghantar kepada kebenaran dan  mempereratkan barisan dan memperkuatkan bangunan. Ini merupakan kekuatan  terpendam yang dimiliki oleh manusia.
Apa yang anda sembunyikan  dalam hati akan tersingkap dengan tatapan mata. Seorang muslim adalah  cermin bagi saudaranya.
Kaedah kita memberi nasihat ialah “Hendaklah  nasihatmu terhadap saudaramu dengan kiasan/berlapik, bukan  terang-terangan, dan untuk membimbing kepada kebenaran bukan untuk  menyakiti”.
KISAH KAAB BIN MALEK RA
“Kaum muslimin memulaukan kami  selama 50 hari hingga bumi ini terasa sempit dan rasanya tiada tempat  untuk kembali kecuali Allah. Sayalah yang paling tegar antara tiga orang  tersebut. Saya masih tetap ikut solat berjemaah di masjid dan masih  tetap ke pasar walau tidak seorang pun mengajak saya berbicara. Saya  datang kepada Rasulullah yang sedang duduk di masjid selesai solat. Saya  mengucapkan salam. Lalu saya duduk di sebelahnya sambil sesekali  melirik kepada baginda. Tatkala saya menatapnya, baginda memalingkan  muka.”
Walaupun hukuman dan tindakan itu dari Allah. Tapi jika kita  kehilangan pandangan yang penuh kasih sayang, maka kita kehilangan  rahmat kehidupan.
“PANCAINDRA”
Pancaindra merupakan bahagian  “vital” daripada tubuh manusia dan jasad merupakan tempat tinggal bagi  indra tersebut. Dengan kehilangan indra, manusia “tidak hidup dan tidak  mati”; tidak berupaya memberi pengaruh kepada orang lain kerana alat  penerima dan pengirim tidak berfungsi. Tanpa menggunakan indra,daie  hidup di dunia tidak nyata.
“HATI”
Daie ibarat “qalbu”(hati),  maka sesiapa yang tidak memfungsikan hatinya, mereka tidak mendapat  sambutan daripada masyarakat.
Hati yang beriman adalah sumber  penggerak.
Bahasa “hati”- perasaan dan kasih sayang merupakan  “bahasa” internasional yang dipergunakan oleh daie dalam menghadapi  mad’u hatta kepada orang bisu sekalipun.
“Bahasa” ini ibarat mata  wang yang boleh diguna pakai di setiap tempat dan keadaan.
Dengan  bahasa inilah, generasi pertama umat ini menakluk dunia. Mereka adalah  “lentera” kehidupan.
Daie yang tidak mengingat, merasakan dan  terpengaruh oleh kebaikan dan keburukan, dia tidak mempunyai hati.
KARAKTER  MANUSIA
1. Berperilaku dengan akhlak Islamiyyah. – urutan pertama.
2.  Berperilaku dengan akhlak asasiyyah. – urutan kedua.
3. Berperilaku  dengan akhlak jahiliah. – urutan terakhir dalam dakwah fardhiah.
#  Bukan bererti seorang daie harus tetap berpegang dan terikat dengan  urutan ini.
DAKWAH FARDIYYAH
Menemui beberapa pemuda yang  terbayang ketaatan di wajahnya; daie perlu cermat kerana biasanya pemuda  begini mempunyai seseorang yang dihormati dan disegani;mendekati salah  seorang daripadanya; bergaul, sabar, lemah lembut dan penuh kasih sayang  tanpa menyinggung permasalahan yang menyebabkan hubungan terganggu.  Jangan tumpu kepada seorang kerana dia merasa diajak secara berlebihan  dan menimbul prasangka buruk dan boleh lari daripada ajakan kita.
MENGHAFAL  NAMA
Sangat penting kerana akan terjadi interaksi dan lahir sifat  percaya sesama individu.
Langkah awal dan “benang” pertama yang  mengikat antara hati individu yang berserakan.
Setiap orang tentu  berasa senang jika dipanggil dengan namanya, apalagi dengan nama yang  paling disukai.
“Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang  masuk ke rumah temannya, lalu dihidangkan kepadanya makanan, dia tidak  mahu memakannya; dan seorang lelaki yang bersama-sama dengan lelaki  dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang  tuanya” HR Ad-Dailami
Wisata Gunung Kawi Ini Lokasi, Rute, Harga dan Daya Tariknya
2 minggu yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan