Khamis, 15 Oktober 2009

Pemikiran Kritis Bagi Mahasiswa

Buku karangan Syeikh Yusof a-Qaradhowi, Aulawiyyat al-Harokah al-Islamiyyah Fi al-Marhalah al-Qadimah menarik perhaitan penulis. Betapa beliau menjelaskan kepentingan ijtihad-ijtihad baru berkaitan strategi atau taktikal dalam organisasi dan dakwah. Pembaharuan sedimikian sangat penting dalam menghadapi cabaran semasa.

Jika kita lihat, Allah s.w.t. berikan kelebihan kepada nabi Nuh dalam pembinaan bahtera agung kerana sesuainya suasana ketika itu di mana masyarakatnya mahir dalam pertukangan. Nabi Musa pula dianugerahkan tongkat sebagai mukjizat bersesuaian dengan masyarakat zamannya yang terjebak dengan ilmu kesihiran. Nabi Isa pula dianugerahkan mukjizat dapat menyembuhkan penyakit sopak, buta dan menghidupkan orang mati bersesuaian dengan keadaan masyarakatnya yang mahir dalam bidang perubatan. Manakala Nabi kita Muhammad s.a.w. diberikan mukjizat agung iaitu al-Quran mengatasi syair-syair hebat zaman Jahiliyyah.






Kembali kepada situasi mahasiswa hari ini. Pemikiran "yes man" yang membelenggu mahasiswa akibat kemalasan berfikir dan tidak berani mengemukakan pandangan akan menyebabkan pemikiran mahasiswa tidak dapat mendepani zaman. Paling menyedihkan apabila dalam sesuatu mesyuarat yang diadakan, tidak ada respon yang keluar di kalangan ahli mesyuarat. Hanya diam seribu bahasa. Nampak seolah-olah bersetuju, namun ada pula mesyuarat di luar bilik mesyuarat. "Ana rasa macam tak setuju la pandangan tadi........, apasal pelik sangat cadangan tadi?......kenapa pengerusi mesyuarat tidak menyusun begini........" dan lain-lain lagi.


Mahasiswa sebegini hanya berperanan sebagai "pengangguk" (maaf, mungkin agak kasar bunyinya) apabila mendengar sesuatu pandangan, arahan dan berita. Maka, pemikiran mereka tidak terasah dan bersifat statik berbanding zaman yang semakin melaju. Virus ini akan meninggalkan kesan mendalam pada masa akan datang dalam pembentukan "future leader" yang diimpikan.

Pertemuan bersama al-akh Rijalul Imam dan Mohan dari KAMMI (Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia) memberikan gambaran kepada penulis betapa mahasiswa Indonesia rajin berfikir dan sentiasa bersedia memimpin masyarakat. Susilo Bambang akan turun bertemu mahasiswa apabila ada luahan ketidakpuasan hati dari mahasiswa di sana. Beliau tidak menghalang mereka mengkritik kerana beliau tahu pemikiran sebegini menunjukkan mahasiswa di sana berfikir, ada sensitiviti dan ada idealisme yang hendeak diperjuangkan. Walaupun mungkin ada pandangan yang salah, namun beliau yakin pemikiran dan tindakan mahasiswa berguna untuk masa akan datang.
Maka program dan aktiviti yang bersifat brainstorming perlu diperkasakan dan diperbanyakkan. Biarkan pandangan yang diberikan mungkin salah pada awalnya, namun ianya lebih baik dari mereka yang berdiam diri dan bersikap "yes man". Justeru, penulis sentiasa menyeru diri penulis dan pembaca sekalian agar tarbiyyah fikriyyah tidak dikesampingkan. Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan :

Analytical thinking (mahasiswa perlu rajin menganalisa)
Critical thinking (kritikan mampu membina pemikiran)
Creative thinking (perlu membawa ideal-ideal baru yang bernas)
Constructive thinking (pemikiran dan pandangan juga perlu bersifat membina)

"Bergerak Seiringan, Memimpin Perubahan"



0 ulasan:

Jundullah