Jumaat, 30 Julai 2010

RESPON DARIPADA TRANUNGKITE ONLINE mengenai "KAMPUS SEJAHTERA"

Re: MAHASISWA KEMPEN,MENDESAK PIHAK UNIVERSITI MELAKSANAKAN KAMPUS SEJAHTERA (Score: 1)
Oleh ori5 on Saturday, July 03 @ 21:29:21 PDT
(User Info | Send a Message)
Anak muda yg sejahtera..!!



Re: MAHASISWA KEMPEN,MENDESAK PIHAK UNIVERSITI MELAKSANAKAN KAMPUS SEJAHTERA (Score: 1)
Oleh abuarif on Saturday, July 03 @ 22:42:25 PDT
(User Info | Send a Message)
jaga... bahaya APCO nak masuk dalam kampus unisel ni sebab satu2 nya universiti contoh kat Malaysia ni yg bakal menuju kesejahteraan nanti Insya Allah... BN bimbang dgn unisel ni..... akan jadi kayu pengukur untuk geng BN di U lain yg selalu ambil kesemaptan dan keuntungan dari student....



Re: MAHASISWA KEMPEN,MENDESAK PIHAK UNIVERSITI MELAKSANAKAN KAMPUS SEJAHTERA (Score: 1)
Oleh eunosi on Saturday, July 03 @ 22:55:58 PDT
(User Info | Send a Message)
KEDAH SEJAHTERA !


Sumber Rujukan
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6164


Baca Seterusnya / Read More

Sabtu, 24 Julai 2010

i RAKAN MENERUSKAN KEMPEN "WE CARE".




Rabu,21 Julai 2010 – Persatuan i Rakan meneruskan lagi Kempen Mahasiswa Perihatin “WE CARE” .Jam 10.00 malam,Persatuan i Rakan dipengerusikan oleh Ketua Exco Penerangan & Multimedia saudara Mohd Nasir mencetuskan lagi anjakan paradigma mahasiswa yang menyatakan suara mahasiswa dengan tepukan dan tandatangan lebih ramai.Persatuan i Rakan dengan kerjasama Kelab Bina Insan dan juga Persatuan Mahasiswa Sains Sosial menyatakan sokongan bersama dengan Persatuan i Rakan ,dengan membawa agenda yang sama iaitu Mahasiswa Perihatin “WE Care”.Mahasiswa berpendirian bersama untuk menyatakan sokongan terhadap kampus sejahtera dengan menandatangani banner bergerak ke setiap lokasi..

Presiden i Rakan,saudara shardiansha berkata

“Mahasiswa perlulah sedar mengenai Kampus Sejahtera yang mana ingin mewujudkan suasana kampus yang tidak aman damai dari segi sosial ,pentadbiran dan sebagainya dan menjadikan kempen ini sebagai suara no 1 mahasiswa”.selain itu beliau menyahut semua mahasiswa unisel bersama-sama menjayakan program kempen mahasiswa sehinggalah kesedaran dilihat oleh pihak pentadbiran Universiti”.

Selepas itu,

Presiden Kelab Bina Insan,saudara mohd zairie menyatakan sokongan bersama untuk membawa gagasan ini keperingkat pentadbiran university.dan disertai oleh Presiden PEMASA iaitu saudara Lokman.

Akhir sekali,Ketua Penerangan & Multimedia menyatakan Persatuan i Rakan bersedia untuk bersama dengan persatuan lain yang mahu membawa gagasan “WE CARE “ ini,seperti mana Persatuan i Rakan bekerjasama bersama dengan Kelab Bina Insan dan Persatuan Mahasiswa Sains Sosial..

Penulis

Ahmad Mustapha

www.iqomatuddin.blogspot.com


Baca Seterusnya / Read More

Selasa, 20 Julai 2010

KOLUMNIS : Mahasiswa, antara tanggungjawab dan peranan


oleh : Mohd Yusof Hadhari*

Apabila berbicara mengenai mahasiswa, sudah pasti kita terbayang susuk tubuh muda yang sedang berada di menara gading dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Mahasiswa memiliki karakter positif lain seperti idealis dan energik. Apa yang dimaksudkan dengan idealis ialah mahasiswa masih belum dipengaruhi oleh kepentingan peribadi, juga belum terbebani oleh beban sejarah atau beban tanggungjawab dan jawatan. Ertinya mahasiswa masih bebas menempatkan diri pada posisi yang dia anggap terbaik, tanpa adanya percampuran dan bebanan yang terlalu besar. Manakala energik pula bermaksud mahasiswa biasanya siap sedia melakukan kerja-kerja yang dibebankan oleh suatu ideologi yang dia telah yakini kebenarannya. Sebagai contoh adalah para sahabat yang segera meninggalkan malam pertamanya manakala mendengar perintah jihad.


Dalam sejarah Islam, banyak contoh dan kisah yang boleh kita kiaskan kepada dunia mahasiswa dan dunia pemuda. Kisah Nabi Ibrahim, Umar al-Khattab, zaid bin Harithah, Abu Ubaidah al-Jarrah, Ashabul Kahfi dan ramai lagi yang boleh diambil iktibar. Berdasarkan pemerhatian yang boleh kita lihat dari latarbelakang sejarah Islam, kita dapat meringkaskan peranan mahasiswa Islam yang besar ialah

a) Menjadi generasi pewaris : Iaitu generasi yang meneruskan nilai-nilai murni yang ada pada sesuatu kaum sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 21 surah at-Thur.

b) Menjadi generasi pengganti : Iaitu generasi yang menggantikan kaum yang telah rosak dengan nilai yang lebih baik seperti mencintai Allah, lemah lembut kepada orang Islam, tegas terhadap orang bukan Islam dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 54 surah al-Maidah.

c) Menjadi generasi perubah : Iaitu generasi yang memperbaiki dan memperbaharui kecacatan yang ada pada sesuatu kaum sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 42 surah Maryam.

Menyedari kekuatan yang ada pada mahasiswa, sudah pastilah di sana ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang mahasiswa berdasarkan peranan-perana tertentu lebih-lebih lagi seseorang itu digelar Mahasiswa Islam.

Memperkemaskan Ilmu Dan Penyampaiannya

Mahasiswa Islam sekalipun masih belum layak untuk digelar ulama, namun mereka perlu sedar bahawa tugasan sebagai ulama yang bakal disandang bukanlah satu tugas untuk menjadikan pencarian sesuap rezeki sebagai tujuan utama. Bidang ini bukan bidang untuk menjadi terkenal, disanjung dan dipuja. Bahkan bidang menggalas nubuwwah peninggalan para rasul terdahulu ini adalah untuk memastikan Islam dijadikan sebagai raja yang memutuskan segala perkara dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar urusan. Perkara ini amat berhajat kepada kefahaman kepada apa yang dipelajari, bukan setakat ‘hafalan buta’ ketika menghadapi imtihan.

Tugasan juga kita bukan sekadar berpencak di gelanggang pidato dan syarahan sehala semata-mata, bahkan tugasan kita adalah untuk turun ke medan dan menerangkan kepada masyarakat dengan kaedah yang berkesan tentang ilmu yang kita ada. Sekarang ini, menguasai cara penyampaian sama pentingnya dengan apa yang kita hendak sampaikan kepada mad’u.
Menghidupkan Budaya Membaca

Berdasarkan laporan kajian tabiat membaca yang dibuat oleh UNESCO pada tahun 2008 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca 12 buah buku setahun, berbanding hanya 5 muka surat setahun pada tahun 2004. Satu tinjauan rambang juga telah dibuat terhadap sebahagian ahli PPMS pada tahun 2008 menjelaskan bahawa secara puratanya hanya membaca 2 buah buku setahun. Ini membuktikan bahawa amalan membaca di kalangan mahasiswa Islam masih jauh ketinggalan berbanding rakyat di Malaysia sementelah lagi negara-negara maju seperti Jepun.

Kita tertunggu-tunggu pimpinan kelahiran mahasiswa Malaysia Syria yang berupaya mencetuskan wawasan besar, berfikiran matang dan menjangkau jauh kehadapan. Kegagalan kita melahirkan pemimpin pemikir (qiyadah-mufakkirah) telah mengakibatkan kelesuan kebangkitan Islam lantaran amalan asas untuk mendapatkan ilmu masih tidak sebati dalam jiwa kita. Walaupun masih bertatih, saya mencadangkan supaya ahli-ahli PPMS hari ini memulakannya dengan budaya cinta membaca sehingga boleh mewujudkan kelompok pembaca yang boleh membantu meningkatkan keupayaan proses pembelajaran dan pemahaman kita dalam kehidupan. Bersetuju dengan kata-kata Napoleon Benoparte : “Read, you will conquer the world ” yang bermaksud “Bacalah, nescaya kamu akan menakluk dunia!” Kita akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan takrifan masyhur bagi istilah ulama’ :
العالم هو أن يعلم الشيء في كل شيء ويعلم كل شيء في الشيء
“Ulama ialah orang yang mengetahui sebahagian perkara dalam semua bidang, dan mengetahui semua perkara dalam satu bidang yang dikhususkan”

Menumpu Kepada Proses Pembinaan Karakter Daie

Menyedari institusi tarbiah merupakan tunjang kepada kekuatan proses pembinaan, seharusnya kita serius dan bersungguh-sungguh mengambil berat tentang pelaksanaan dan keberkesanan program tarbiah. Kita sepatutnya menyedari tanggungjawab menjayakan misi tarbiah ini bersama-sama dengan tidak hanya melepaskan peranan menjayakan perjalanan tarbiah hanya kepada biro atau lajnah tarbiah semata-mata. Oleh sebab itu, perjalanan tarbiah yang direncanakan perlu menjadi agenda bersama di semua peringkat dan lapangan yang ada.

Era kebangkitan Islam pada masa akan datang adalah lebih mencabar dan berhajatkan seorang pemimpin Islam yang berjiwa daie, mampu berdepan secara bersemuka dengan mana-mana pihak, membina jambatan antara mereka yang tidak sealiran dan mengkaji pelbagai jenis aliran pemikiran semasa. Mahasiswa Islam mesti mula membina pemikiran mereka dengan pemikiran daie yang berjiwa besar dan menghindari daripada pemikiran agamawan-bangkangan semata-mata. Asas Islam yang menjadikan kita sebagai fundamentalis tidak seharusnya menyebabkan kita menjadi tertutup, syadid dan bersikap keras dalam semua perkara. Karakter daie inilah yang menjadikan kita mengurangkan perkataan ‘itu haram’, ‘jangan’ dan ‘ini tak boleh’ sebaliknya lebih menumpukan kepada penyediaan alternatif yang bersifat ‘ini yang halal’, ‘silakan yang ini’ dan ‘buatlah yang macam ni’ kerana amanah ilmu yang ada dipundak mahasiswa Islam untuk menjadikan mereka sepertimana kata-kata masyhur ; (نحن الدعاة لا قضاة)

MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN MASA

Mahasiswa Islam sering mendengar cerita berkatnya masa ulama-ulama yang menjadi tauladan kepada umat. Tetapi kebanyakan mereka tidak langsung mengambil pengajaran daripada betapa berdisiplinnya ulama dalam menyayangi dan mengatur masa mereka. Ambillah pengajaran riwayat hidup Imam an-Nawawi yang walaupun hidupnya hanya lebih 40 tahun tetapi mutu umurnya seolah-olah lebih seratus tahun. Seterusnya bandingkan realiti pengurusan masa mahasiswa Islam sekarang yang banyak dihabiskan dengan tidur dan hiburan.

KESIMPULAN

Mahasiswa Islam memegang tanggunjawab yang besar dalam menyiapkan diri menghadapi cabaran mendatang. Lantas, tidaklah tepat sekiranya mahasiswa Islam hanya berpeluk tubuh dan membuang masa tanpa melakukan tanggungjawab. Binalah diri anda, pahatkanlah sejarah dan ciptalah zaman. Moga dengan tanggungjawab yang dilaksanakan akan dapat mendaulatkan Islam suatu hari nanti.

Penulis adalah mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UTM) dan pernah memegang jawatan exco Penerangan Persatuan Mahasiswa Islam UTM. Blog beliau seutas tasbih memaparkan idea dan pandangannya yang bernas.


Baca Seterusnya / Read More

Jumaat, 2 Julai 2010

MAHASISWA KEMPEN,MENDESAK PIHAK UNIVERSITI MELAKSANAKAN "KAMPUS SEJAHTERA"





Unisel Bestari Jaya ,1 Julai 2010,(Jumaat) 2.00 pm :- Seramai 1000 mahasiswa telah turun bersama –sama mengadakan kempen bagi mendesak pihak UNISEL dalam melaksanakan Kampus Sejahtera.


Wakil aktivis mahasiswa telah diminta mengulas mengenai kempen tersebut,beliau mengatakan ianya

“sebagai permulaan kempen bagi mendesak pihak pentadbiran UNIVERSITI melaksanakan Kampus Sejahtera diperingkat kampus,seterusnya akan bergerak ke peringkat Negeri dan juga seterusnya ke peringkat Nasional & Global bagi menggerakkan kempen “Kampus Sejahtera”.




Juga memberi kenyataan bahawa “Mahasiswa disemua Kampus adalah bersih dari tuduhan sarang Jemaah Islamiyyah (JI)” serta mahasiswa juga kecewa terhadap tuduhan sesetengah pihak yang diberikan terhadap beberapa pemimpin dan ulama’ yang dikaitkan dengan Jamaah Islamiyyah .Mahasiswa boleh berfikir mana baik dan mana buruk ,ini kerana mahasiswa merupakan golongan yang terpelajar dan merupakan aset Negara yang bernilai.

Mahasiswa UNiSEL juga menuntut agar suara mahasiswa didengari dan dijadikan sebagai salah satu penilai dan pengkritik kepada sesuatu undang-undang yang dilaksanakan samaada diperingkat kampus dan juga diperingkat nasional.




Kempen tersebut telah berarak bermula dari Masjid Unisel dengan menghantar memorandum kepada Pengarah Pusat Islam iaitu Tn Hj Mokhtar yang menyatakan pendirian sebagai mahasiswa yang menginginkan Kampus Sejahtera.Memorandum itu telah disambut baik oleh Pengarah Pusat Islam dan telah menandatangani di kain rentang sambil melaungkan Takbir, bagi menghantar bersama-sama dengan memorandum tersebut kepada Timb,Naib Canselor UNISEL Prof. Madya Zainal Abidin Bin Kidam oleh Presiden Persatuan Islam di dalam UNiSel iaitu Persatuan i Rakan (Saudara Shardiansha Bin Shamsuddin).



Kempen tersebut berarak bermula dari perkarangan masjid sambil mengibarkan sepanduk dan poster seterusnya berjalan mengelilingi UNISEL.antaranya tertera Kampus Sejahtera ,Unisel Sejahtera ,Islam Bukan Pengganas ,Mahasiswa Prihatin ,Coca Cola meant “No Muhammad,No Makkah”=Penghinaan Kepada Islam ,Persekitaran Sejahtera,KedamaianUntuk Semua ,”Selamatkan Gaza,Boyscott Israel,Boycott Israel =Hanya ini mampu kita buat,Mahasiswa Sejahtera,Tolak Apco,Mahasiswa Kami Bukan Pengganas , No Couple = Sejahtera.
Kempen tersebut akan berakhir sehingga akhir malam ini dengan mendapat tandatangan kesemua mahasiswa UNISEL bagi menyatakan sokongan terhadap “Kampus Sejahtera”.Jangkaan tandatangan yang terkumpul dari pihak Persatuan i Rakan adalah sebanyak lima ribu orang mahasiswa UNISEL sehinggalah akhir malam ini.


Antara isi memorandum tersebut adalah :

Peringkat Kampus

1)Suasana kampus yang SEJAHTERA
2)Aktiviti kampus yg SEJAHTERA
3) Tata pemakaian yang SEJAHTERA
4) Pentadbiran dan sistem pengurusan yang SEJAHTERA
5) Peraturan, undang-undang dan keselamatan yang SEJAHTERA
6) Pembelajaran dan pengajaran yang SEJAHTERA
7) Te)mpat makan dan rekreasi yang SEJAHTERA
8) Kolej kediaman yang SEJAHTERA
9) Kakitangan dan mahasiswa kampus yang SEJAHTERA


Peringkat Nasional dan Global

1)Kearah keamanan dan keSEJAHTERAan yang sejagat
2) Negara yang SEJAHTERA tanpa kompromi dengan mana-mana musuh
3) MENYATAKAN penolakan sepenuhnya kewujudan negara haram yang menyalahi undang-undang antarabangsa
4) Kepimpinan yang SEJAHTERA
5) Masyarakat yang SEJAHTERA
6) Kesihatan yang SEJAHTERA
7) Kebajikan yang SEJAHTERA


Penulis Merupakan aktivis Mahasiswa UNISEL
www.iqomatuddin.blogspot.com


Baca Seterusnya / Read More

Jundullah