Jumaat, 15 Januari 2010

PANDANGAN AKAL

Jalinkan sentuhan emosi dengan pandangan akal. Sinaran pancaran akal dengan kehangatan emosi. Iringi imaginasi dengan realiti. Terokailah realiti dengan bertemankan khayalan yang indah. Janganlah kamu cenderung kepada sesuatu secara melampau-lampau, sehingga kamu menjadikan yang lain seperti barang yang tergantung diawang-awangan.



Janganlah kamu melawan hukum alam kerana hukum alam ini begitu berkuasa. Namun, kuasailah ia, gunakanlah ia, alihkanlah haluannya dan gabungkan segala elemen yang ada. Selepas itu, nantikanlah detik kemenangan yang akan kamu perolehi tidak lama lagi.
(Ucapan Dasar Muktamar Kelima: Majmu'ah Al-Rasail Hasan al-Banna)


Baca Seterusnya / Read More

Jundullah